Friday, October 12, 2018

Hari Sukan Negara 2018 - Sesi Pagi

Tarikh: 12 Oktober 2018
Hari : Jumaat
Masa: 7.30 - 10.00 pagi 
Tempat: Dataran Perhimpunan, SK Taman Putra Perdana
Pengacara Majlis: Puan Siti Aisah binti Hanafi
Bacaan Doa: Ustaz Ahmad Zunaidi bin Jinalabin

Sambutan Hari Sukan Negara telah diisytiharkan pada setiap hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun. Sambutan Hari Sukan Negara ini merupakan suatu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan di mana ia adalah satu langkah proaktif di dalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’ (Sporting Nation).

      Hari Sukan Negara ini adalah penting di dalam usaha kerajaan menggalakkan rakyat menerapkan amalan budaya hidup cergas dan aktif memandangkan peratusan masyarakat Malaysia yang aktif bersukan masih lagi rendah, iaitu pada kadar sekitar 40 peratus berbanding dengan 50 hingga 60 peratus di negara maju. Budaya sukan melalui amalan gaya hidup cergas dan aktif pada masa yang sama dapat membantu menurunkan kadar penyakit kronik dalam kalangan rakyat Malaysia. 

      Oleh itu, sambutan Hari Sukan Negara 2018 SK Taman Putra Perdana bagi sesi pagi telah diadakan di Dataran Perhimpunan. Program ini adalah bertujuan untuk menjadikan sukan sebagai budaya hidup sihat. Aktiviti ini dilaksanakan selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial melalui penyertaan dalam bidang sukan.


Matlamat:-
  • Memperkasa warga SK Taman Putra Perdana dengan aktiviti dan kepakaran bersesuaian ke arah menjadikan kecergasan sebagai gaya hidup pilihan. 
Objektif:-
  • Melahirkan generasi murid-murid sekolah yang sihat dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
  • Mengadakan program kecergasan  yang sihat untuk warga sekolah.
  • Menyahut seruan Kementerian Pendidikan dan Kementerian Belia dan Sukan untuk mengadakan program Hari Sukan Negara.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Puan Normah binti Shafiei dan Puan Yuzainismar binti Yusoff dari SK Taman Putra Perdana 2, selaku instruktor untuk acara senamrobik yang begitu komited dan sporting dalam menyediakan sesi senamrobik yang sangat menarik. Terima kasih dan syabas sekali lagi diucapkan kepada mereka atas kesudian menjadi instruktor senamrobik bagi tahun ini. 

Berikut adalah paparan gambar sepanjang program berlangsung:-













































Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua warga SK Taman Putra Perdana dalam menjayakan program Hari Sukan Negara bagi tahun 2018. Sehingga berjumpa lagi di tahun hadapan. 

Majulah Sukan Untuk Negara!

No comments:

Post a Comment