Monday, October 8, 2018

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-37 (Sesi Pagi)

Tarikh  : 8 Oktober 2018
Masa     : 7.30 - 8.00 pagi
Tempat : Dewan Perdana

Guru yang bertugas :
1. Norziani bt Zubir
2. Maimunah bt Yob
3. Nor-Azura bt Mustafa
4. Azlina bt Mat Isa
5. Faridatul Akmal bt Ismail
6. NurullHuda bt Yaacob
7. Ahmad Zubair bin Muhamad Taib
8. Norbaizura bt Nordin
9. Mohd Afiq bin Azli

Barisan guru bertugas

Atur cara :

1. Nyanyian Lagu Negaraku,  Lagu Negeri Selangor,  Lagu Sekolah

2. Bacaan doa

3. Bacaan ikrar

4. Laporan Guru Bertugas minggu lepas

Ustazah Nurul Huda ketika menyampaikan laporan

Isi laporan :
 - Peperiksaan Akhir Tahun bagi subjek Jawi, Pendidikan Islam dan Bahasa Arab telah berlangsung minggu lepas
 - Kebersihan kelas dan kantin di sekolah agak mengecewakan. Oleh itu murid disaran menjaga kebersihan pada minggu ini.

5. Ucapan Guru Bertugas minggu ini

Cikgu Nor-Azura bt Mustafa sebagai Ketua bacaan ikrar dan pemberi ucapan guru bertugas minggu ini

Isi ucapan :
1. Makluman mengenai tema minggu ini iaitu Budaya Cemerlang Sebagai Seorang Murid.
 - Tanggungjawab murid terhadap sampah
 - Tanggungjawab murid ketika dalam majlis
 - Tanggungjawab murid ketika berkata-kata

6. Ucapan Guru Besar

Guru Besar, Puan Rohaidah bt Mohd Ali ketika menyampaikan ucapan

Isi penting ucapan :
 - Guru Besar merakamkan ucapan takziah terhadap kejadian lemas di kawasan lombong Taman Putra Perdana yang berlaku minggu lepas.
 - Guru Besar mengingatkan murid untuk menjaga keselamatan diri sendiri walau di mana mereka berada dan menjauhi kawasan-kawasan berbahaya seperti lombong.
 - Guru Besar mengingatkan murid mengenai penjimatan air sepanjang gangguan bekalan air yang akan berlaku pada 9 - 12 Oktober 2018.

7. Perhimpunan tamat jam 8.00 pagi

No comments:

Post a Comment