Friday, October 12, 2018

Perkhemahan Unit Beruniform Peringkat Negeri Selangor 2018 - Kem Seri Gambut, Kuala Selangor.

Alhamdulillah, seramai 39 orang murid SK Taman Putra Perdana terdiri daripada murid Tahun 5 dan Tahun 6 telah dipilih untuk menyertai Perkhemahan Unit Beruniform Peringkat Negeri Selangor Tahun 2018 yang telah diadakan di Kem Ko-kurikulum Seri Gambut, Kuala Selangor pada 9 - 11 Oktober 2018.

Perkhemahan Unit Beruniform Peringkat Negeri ini telah disertai seramai 129 orang murid yang terdiri daripada 3 sekolah, iaitu :

1. SK Taman Putra Perdana, Sepang.
2. SK Puncak Alam 2, Kuala Selangor.
3. SK USJ 12, Subang Jaya.

Banyak aktiviti yang menarik telah diikuti sepanjang hari perkhemahan berlangsung. Antaranya :

1. Pecah Benungan (Ice-breaking)
2. Mendirikan khemah.
3. Menanam padi.
4. Mandi di palung tali air sawah.
5. Permainan Dinamika (dragon ball, lepaskan aku, puzzle, explorace, ikatan dan simpulan).
6. Memanah
7. Ikhtiar hidup (memasak penkek & telur dalam plastik yang diisi air).
8. Kebudayaan.

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan telah dibantu dan diselia oleh jurulatih-jurulatih Pusat Ko-kurikulum yang sangat berpengalaman dalam latihan perkhemahan.

Guru-guru yang mengiringi Perkhemahan Unit Beruniform Peringkat Negeri tahun 2018 ini ialah:

1. Pn Umi Nazrah bt Saharoni
2. En. Ahmad Zubair bin Muhammad Taib
3. En. Tirmizie bin Baharuddin
4. Cik Syahirah bt Tumar
5. Cik Mawaddah bt Kamaruzaman

Murid-murid SKTPP telah didedahkan dengan pelbagai ilmu dan pengalaman dalam berkhemah. Mereka belajar berdikari dan menunjukkan potensi diri dalam setiap aktiviti yang dilakukan.
Syabas dan tahniah buat anak-anak SKTPP yang merasai serta menikmati pengalaman yang tidak mungkin dilupakan. Semoga ia memberi manfaat dalam menghadapi cabaran kehidupan suatu hari nanti, InsyaAllah.

Berikut adalah momen-momen manis sepanjang perkhemahan berlangsung....

Peserta SKTPP tiba di kem.. Sesi Pecah Benungan (ice breaking)

Aktiviti Permainan Dinamika Kumpulan.. 

Ikhtiar Hidup.. Mereka cuba memasak penkek dan merebus telur di atas bara...

Lokasi Kem Seri Gambut, Kuala Selangor yang tenang dan saujana mata memandang...

Aktiviti menarik hari ke-2.. Sesi menanam padi.. Merasa masuk lumpur & selut... 

Peserta sungguh teruja dapat memegang sendiri padi untuk ditanam.. Itulah setitis peluh petani demi menghasilkan beras...

Peserta mendengar taklimat sebelum turun ke sawah padi.. 

Selepas berlumpur di dalam sawah, peserta mandi di palung tali air sawah yang sejuk.. Sungguh gembira mereka..

Majlis Penutup Perkhemahan Unit Beruniform Peringkat Negeri Tahun 2018.. Tanda "Benci DARVIH" tersebar di sini... 

No comments:

Post a Comment