Wednesday, October 3, 2018

Lawatan ke KidZania 2018

Pada 3 Oktober 2018 bersamaan hari Rabu telah diadakan Lawatan Sambil Belajar ke KidZania. Lawatan ini adalah anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling yang diterajui oleh Cikgu Rozimah, Cikgu Juli dan Cikgu Arzah. Lawatan ini telah disertai oleh 80 orang murid dan 8 orang guru pengiring. Kemeriahan 2 bas rombongan dari SKTPP disambut meriah oleh pihak KidZania.

Sepanjang berada di KidZania, murid-murid berpeluang mencuba setiap permainan kerjaya yang disediakan. Antara kerjaya yang disediakan adalah kerjaya sebagai Bomba, Polis,Doktor, Jurujual, Pakar Makmal dan pelbagai lagi. Jelas kegembiraan di wajah murid-murid merasai pengalaman bekerjaya dan berusaha mencari duit sendiri. Di bawah disertakan sebahagian gambar-gambar yang sempat dirakam.

Guru Besar;  Pn Rohaidah hadir memberi amanat kepada guru pengiring
Murid berkumpul mengikut kumpulan bas

Kumpulan bas B

Murid di dalam bas ketika perjalanan pergi

Tiba di destinasi 

Memakai pas masuk iaitu Jam KidZania

Murid mendengar taklimat awal oleh wakil KidZania

Antara guru pengiring yang terlibat

Aktiviti penggambaran sebelum murid dilepaskan untuk mencuba setiap kerjaya yang ada di KidZania

Bilik Siasatan Jenayah

Stesen Minyak

Pusat Jualan Volvo

Konti radio

Pharmaniaga

Bilik Bedah

Bengkel menjahit

Pusat beli belah

Murid mencuba kerjaya sebagai Juru Wang

Murid mencuba kerjaya sebagai Jurujual Kereta

MBPJ

Makmal Pemprosesan Air Minuman

Mahkamah

Pelbagai lagi ruang kerjaya disediakan di KidZania yang tidak dimuatkan dalam entri kali ini. Semoga lawatan ini dapat memberi gambaran jelas kepada peserta lawatan mengenai dunia kerjaya yang sebenar. Seterusnya membuka minda mereka untuk menyediakan diri dengan ilmu serta kemahiran yang sesuai dengan kerjaya yang ingin dicapai pada masa akan datang. Sekian.

No comments:

Post a Comment