Monday, October 1, 2018

Program Melangkah Ke Alam Menengan Dan Alam Remaja 2018.

Program ini telah diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh  : 1 Oktober 2018
Hari      : Isnin
Masa     : 8 pagi - 1.20 petang
Tempat : Dewan Perdana SKTPP

Program ini bertujuan untuk:
- Memberi pendedahan awal kepada murid-murid sebagai persediaan melangkah ke alam menengah dan alam remaja.
- Memberi motivasi dan inspirasi kepada murid untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran baru.
- Memberi pengisian dan pengetahuan dari segi mental dan fizikal kepada murid tahun 6.

Gambar-gambar ketika program dijalankan seperti di bawah:

Buku program.

Guru Besar bersama penceramah

Tekun..murid-murid mendengar ceramah.

Seronok..murid-murid perempuan mendengar ceramah tentang alam remaja oleh Pn. Umi Nazrah.

Pn. Nik, Kaunselor dari SMK Taman Putra Perdana menyampaikan ceramah tentang aktiviti-aktiviti di sekolah menengah.

Pn. Nik menerangkan tentang suasana pembelajaran dan peraturan di sekolah menengah.

Penuh informasi...Pn. Umi Nazrah menerangkan tentang perkembangan dan
perubahan yang dialami oleh remaja perempuan di Terminal Muafakat.

Ustaz Zurilazman membacakan doa.

Pn. Rohaidah menyampaikan cenderamata kepada penceramah.

Pn. Arzah mempengerusikan ceramah Alam Remaja untuk murid lelaki di surau.

Seronok..murid-murid lelaki tahun 6 diberi pendedahan tentang perubahan yang dialami oleh remaja lelaki.

Tahniah dan syabas kepada guru-guru yang menganjurkan program ini kerana murid-murid dapat menyiapkan diri untuk melangkah ke alam sekolah menengah seterusnya menjadi remaja yang berpengetahuan serta bertatasusila.

No comments:

Post a Comment