Friday, October 19, 2018

Sejambak Kasih Sekalung Budi Sempena Persaraan Puan Maimunah Binti Yob ( Sesi Pagi)

Bila memandang ke muka laut, 
Nampak sampan mudik ke hulu,
Hati terkenang mulut menyebut,
Budi yang baik ingat selalu.

Akar keladi melilit selasih,
Selasih tumbuh di dalam taman,
Junjungan budi kenangan kasih,
Mesra kenangan sepanjang zaman.

     Pada 19 November 2018 bersamaan dengan hari Jumaat bertempat di Dewan SKTPP telah berlangsungnya satu majlis persaraan Puan Maimunah Binti Yob, guru SKTPP. Hari ini merupakan detik yang memberi kenangan dalam diari beliau sebagai seorang guru di Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana. Berkhidmat selama 37 tahun dalam bidang pendidikan dan 15 tahun di SKTPP , beliau dengan penuh kesyukuran dan terharu di atas penganjuran majlis persaraan buat beliau. 
     Majlis dibuka tirainya dengan perarakan masuk Puan. Maimunah bersama Guru Besar, Puan Rohaidah Bt Mohd Ali dan barisan pentadbir. Seuntai kata daripada Guru besar SKTPP, Puan Rohaidah Bt Mohd Ali menggamit nostalgia Puan Maimunah yang diraikan. Guru Besar dalam ucapannya memberitahu bahawa pengorbanan dan jasa Puan Maimunah kepada SKTPP tidak ternilai harganya. Guru Besar turut mewakili semua guru mengucapkan jutaan terima kasih kepada Puan Maimunah. Turut memberi ucapan ialah yang diraikan Puan Maimunah. Persembahan multimedia telah ditayangkan bagi mengimbas kembali kenangan Puan Maimunah yang telah berkhidmat di SKTPP salama 15 tahun. Persembahan guru dan murid juga telah mengukir memori dalam hati beliau. Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderamata daripada Guru Besar, barisan pentadbir,  guru-guru, PIBG, PPD Sepang dan murid-murid sebagai tanda kenang-kenangan kepada Puan Maimunah yang banyak mencurahkan bakti kepada sekolah SKTPP. 

Berikut antara gambar-gambar kenangan sepanjang majlis berlangsung:

Majlis Persaraan Puan Maimunah Binti Yob, 19 Oktober 2018, Jumaat 
Sejambak Kasih Sekalung Budi
di Dewan Perdana SK Taman Putra Perdana

Biodata Puan Maimunah Binti Yob

Sesi merakam gambar bersama guru sesi pagi sebagai kenangan. 












Selamat bersara Puan Maimunah... 

Pucuk Pauh delima batu,
Anak sembilang di tapak tangan,
Walaupun jauh beribu batu,
Hilang di mata, di hati jangan...

"Sejambak Kasih, Sekalung Budi"

Disediakan oleh,
Komagal Kunaisekaran

No comments:

Post a Comment