Monday, October 1, 2018

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-36 Sesi Petang

Tarikh: 01 Oktober 2018

Masa: 1:20 – 1:50 tengah hari
Tempat: Dewan Perdana

Guru-Guru Yang Bertugas


1.            Pn. Nur Malisha binti Omar
2.       Cik Zalina binti Ismail
3.       En. Nor Amirulfitri bin Othman
4.       Pn. Nur Azizati binti Ahmad
5.       Pn. Zabedah binti Othman
6.       Pn. Nor Athirah Amani binti Muhammad Abdul Wahab
7.       Pn. Rohani binti Mansor


Nyanyian, Bacaan Doa Dan Ikrar

1.      Nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor dan lagu sekolah di bawah pimpinan Pn. Salmi binti Amir.
2.      Bacaan doa : Adik Rayyan Hayy bin Zuhaizan.
3.      Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Keselamatan Jalan Raya oleh Puan Nur Malisha.
4.      Bacaan ikrar murid : Adik Damia Batrisya binti Ibrahim.

Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas - Ustaz Abdul Hafiz bin Abdul Halim

1.      Pada minggu lepas, tiada masalah disiplin yang dilaporkan. Berharap agar disiplin berjalan seperti biasa pada minggu ini.

Ucapan Guru Bertugas – Puan Nur Malisha binti Omar

    1.       Perkataan lawad

             *Bahasa Arab                 :  Qursiun – Kerusi

             *Bahasa Melayu             :  Astronaut - Angkasawan

             *Bahasa Inggeris            :  Merentasi - Melalui / menempuh

    2.       Tajuk minggu Ini : Ciri-ciri budaya pelajar cemerlang.

       *Berkeyakinan tinggi.
       *Bertanggungjawab.
       *Memberi tumpuan semasa di dalam kelas.
       *Berdikari.
       *Selalu bertanya dan menghormati guru.
       *Menjaga kesihatan diri dan makan makanan seimbang.

Ucapan Guru Penolong Kanan Petang : Puan Jumilah binti Ahmad


         
                         


          1.        Murid dilarang membuang sampah di merata-rata tempat. Mengoyak dan membuat roket dengan menggunakan buku tulis adalah dilarang sama sekali.

          2.        Menggalakkan murid membawa air minuman ke sekolah kerana keadaan cuaca yang agak panas bagi mengelakkan strok haba.

          3.        Memberi peringatan kepada murid supaya tidak merayau-rayau keluar kelas semasa sesi pembelajaran. Murid dikehendaki memakai pas keluar jika ada sebarang urusan.

          4.        Saringan bertulis LINUS 2 akan diadakan pada minggu ini dan semua murid dikehendaki hadir ke sekolah.

          5.        Berlari-lari di kawasan sekolah adalah tidak dibenarkan terutama sekali semasa waktu rehat kerana ia boleh mendatangkan kecederaan dan sebagainya.

          6.        Murid dikehendaki membersih kelas seperti menyapu, mengutip dan membuang sampah ke dalam tong sampah semasa pertukaran waktu setiap mata pelajaran.  

 Hal-Hal Lain

          1.        Kutipan sumbangan wang akan dilakukan bagi seorang murid tahun 5 yang kematian ibu.
         
          2.        Penutupan Ujana Ilmu buat sementara waktu bagi urusan penyelenggaraan. Walau bagaimanapun, urusan pemulangan buku masih lagi dibuka.

Disediakan oleh : Rohani

No comments:

Post a Comment