Monday, October 15, 2018

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-38 (Sesi Pagi)

Hari        : Isnin
Tarikh     : 15 Oktober 2018
Masa       : 7.30 – 8.00 Pagi
Tempat    : Dewan Perdana

Guru Bertugas

1. Cikgu Astina binti Mahad Nor
2. Cikgu Siti Aisah binti Hanafi
3. Cikgu Nurul Iman binti Illyas
4. Cikgu Ahmad Zunaidi bin Jinalabin
5. Cikgu Musaliha binti Mustafa
6. Cikgu Mohd Izwan bin Jowahar
7. Cikgu Nurul Izziani binti Mohd Latifi
8. Cikgu Parimala a/p Vengadaslam
9. Cikgu Jamunarani a/p Bhoja Raja

Laporan/Ulasan

1. Perhimpunan dimulakan dengan nyanyian tiga buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah serta diikuti bacaan doa.
2. Lafaz Ikrar Rukunegara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya dipimpin oleh Puan Astina binti Mahad Nor dan lafaz Ikrar Murid dipimpin oleh Ketua Murid, adik Nurin Adlina binti Hassan.

Laporan Guru Bertugas Minggu Sebelum (Puan Nor Azura bt Mustafa)

1. Disiplin murid sepanjang minggu lepas dalam keadaan yang memuaskan.
2. Guru mengingatkan pelajar agar menjaga tingkah laku dan tidak membuat bising ketika di dalam kelas, majlis rasmi dan aktiviti di luar kelas.

Ucapan Guru Bertugas (Puan Astina binti Mahad Nor)



1. Memperkenalkan guru-guru yang bertugas pada minggu ini.

Tema : Menjaga keselamatan
  • Pelajar perlu menjaga keselamatan terutama di dalam kelas untuk mengelakkan kecederaan dan kemalangan.
  • Pelajar diingatkan tidak mencetuskan pergaduhan dan budaya ejek-mengejek. 
  • Selain itu, pelajar perlu menjaga keselamatan di luar terutama di jalan raya dan tempat awam.

 Penyampaian Sijil kepada Pelajar Puteri Islam



  • Beberapa orang pelajar Puteri Islam menyertai Perkhemahan PPIM Gabungan Sekolah Rendah. 
  • Adik Nurin Qaisara - Tempat Ketiga Pertandingan Gajet
  • Adik Arrisa Zafirah - Tempat Ketiga Pertandingan Kawad Kaki
  • Adik Alma Alia - Naib Johan Pertandingan Gajet
  • Adik Aisyah Humairaa - Johan Kawad Kaki & Peserta Terbaik Sekolah Rendah
  • Ucapan tahniah dan penyampaian penghargaan kepada murid Puteri Islam atas pencapaian yang membanggakan.

Ucapan PK Pentadbiran (Puan Azizah binti Mokhlas)



  • Pada hari Khamis, 18 Oktober 2018 akan diadakan Penilaian Anugerah Pusat Sumber Sekolah Cemerlang Peringkat Negeri Selangor
  • Murid diminta untuk menjaga tingkah laku dan membuat sambutan wow dengan bersungguh-sungguh. 

Disediakan oleh :
Nurul Izziani binti Mohd Latifi

No comments:

Post a Comment