Monday, October 1, 2018

Program Guru Penyayang: Aktiviti Mengalu-alukan Kehadiran Murid Bulan Ogos dan September

Serai ditanam bersama pandan,
Tanam bersama ulam-ulaman;
Budaya penyayang jadi amalan,
Murid terbilang jadi idaman.

Alhamdulillah, sesi persekolahan 2018 telah menginjak ke bulan yang ke-10. Bermakna, sembilan bulan telah berlalu sejak pelancaran Program Guru Penyayang dilaksanakan. Andai usia ini dilihat pada seorang bayi, maka dapatlah kita melihat bayi tersebut telah mula mengatur satu demi satu derap langkah.

Walau bagaimanapun, Program Guru Penyayang yang telah sebati dalam jiwa guru-guru SKTPP ini bukan sahaja mula bertatih tetapi telah mula berlari hampir ke garisan penamat.

Guru-guru masih setia menanti kehadiran murid-murid ke sekolah dengan senyuman terukir di wajah.  Guru-guru masih sedia berdiri menyambut tangan kecil untuk terus melangkah ke dalam kawasan sekolah. Semoga segala usaha murni guru-guru ini tidak akan dipandang sepi oleh murid-murid.






No comments:

Post a Comment