Monday, October 1, 2018

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu ke-36 (Sesi Pagi)

Tarikh   : 1 Oktober 2018
Hari       : Isnin       
Masa     : 7.30 pagi   
Tempat : Dataran Perhimpunan
Pengacara Majlis : Adik Nurul Hanis Firzanah binti Yusof

Guru Bertugas
1.  Pn Noor Hayati binti Yusof
2.  Pn Norhayati binti Mohd Nor
3.  Pn Siti Rabiaah binti Mohammad
4.  Pn Nik Kamisah binti Mohd Aziz
5.  Pn Mazzaini binti Muda
6.  Pn Norazian binti Mat Anuar
7.  Pn Julaili binti Onian
8.  Pn Nurul Huda binti Hasbullah
9.  Pn Visva Vilasini a/p Goppal @ Koppal
10.En Ahmad Musrizuan bin Daud

Laporan Perhimpunan
1. Perhimpunan sesi pagi dimulai dengan nyanyian3 buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negeri
    Selangor dan Lagu Sekolah.
2. Perhimpunan diteruskan dengan bacaan doa di bawah pimpinan adik Mohd Syafiq Ahnaf bin Mohd Kamarul Hisham.

Adik Mohd Syafiq Ahnaf mengetuai bacaan doa.

3. Bacaan ikrar Rukun Negara dan ikrar Keselamatan Jalan raya dipimpin oleh Pn. Nurul Huda binti Hasbullah.

4. Ikrar murid dipimpin oleh adik Nurin Adlina binti Hassan

Adik Nurin Adlina binti Hassan memimpin bacaan ikrar murid.



Laporan Guru Bertugas Minggu lepas oleh Pn Norlida binti Othman

a. Pada minggu lepas, murid-murid tahun 6 menduduki peperiksaan UPSR. Jadi tiada sebarang masalah yang berlaku.

b. Mengucapkan syukur kerana peperiksaan UPSR berjalan lancar dan berharap murid-murid tahun 6 akan berjaya dengan cemerlang.

c. Mengingatkan murid-murid agar sentiasa mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.


Laporan Guru Bertugas Mingguan Pn Nurul Huda binti Hasbullah

Tema : Hari Kanak-kanak "Sayangi Kami"

Setiap negara di dunia ini mempunyai peratusan kanak-kanak yang besar dan ramai. Di Malaysia sahaja pada tahun 2008, terdapat seramai 10.5 juta (37.9%) orang kanak-kanak daripada 27.7 juta penduduk Malaysia. Angka ini menunjukkan terdapat ramai kanak-kanak yang perlu diberi perlindungan dan hak yang sewajarnya oleh semua lapisan masyarakat. Oleh itu, menjadi tanggung jawab ibu bapa, guru, pemimpin dan setiap individu dalam memastikan kanak-kanak membesar dalam persekitaran yang harmoni, berkesefahaman dan penyayang. Suasana ini akan membentuk mereka menjadi insan yang cemerlang pada masa hadapan.

Perkataan LAWAD:

* Bahasa Malaysia  : Adil seperti hakim

* Bahasa Inggeris    : vigilant - waspada

* Bahasa Arab         : Sayyaratuun - kereta

Pn Nurul Huda bt Hasbullah mengetuai bacaan ikrar.

Ucapan GPK PPKI Pn Nor Hamizah binti Hamzah

a. Mengucapkan syukur kerana UPSR telahpun selesai dengan jayanya.

b. Sungguhpun begitu, semua murid perlu bersiap sedia mengulangkaji pelajaran untuk menghadapi Peperiksaan Akhir Tahun.

c. Memohon semua mendoakan agar adik Nur Alya Qistina yang akan menyertai Pertandingan Tilawah Al-Quran kategori PPKI Peringkat  Kebangsaan di Kelantan minggu hadapan mendapat kejayaan cemerlang.

d. Berharap semua murid dan guru menggiatkan persiapan untuk menghadapi  Pertandingan Ujana Ilmu (Pusat Sumber) peringkat Negeri Selangor yang akan diadakan pada 18 Oktober 2018 ini. Semoga sekolah kita akan berjaya dalam penilaian tersebut.

Perhimpunan pagi berakhir jam 8.00 pagi. Murid-murid diharap dapat mengulangkaji pelajaran dengan tekun agar dapat menghadapi peperiksaan Akhir Tahun dengan jayanya.

No comments:

Post a Comment