Saturday, April 13, 2019

Bengkel Teknik Menjawab Sains dan Bahasa Inggeris UPSR 2019

Bengkel Teknik Menjawab untuk subjek Sains dan Bahasa Inggeris UPSR telah diadakan pada 13  April 2019 bersamaan hari Sabtu bermula pada pukul 8.00 pagi sehingga 12.20 tengah hari. Murid-murid tahun 6 telah dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan 1 bertempat di Terminal Muafakat dan kumpulan 2 di Dewan Perdana. Kumpulan ini kemudiannya digilirkan mengikut sesi ceramah.

Bengkel Teknik Menjawab Sains UPSR 2019 telah disampaikan oleh Encik Johari Bin Mohd Sahar. Beliau adalah Guru Pentadbiran Kurikulum dari Sekolah Kebangsaan Seksyen 27, Shah Alam. Manakala bagi Bengkel Teknik Menjawab Bahasa Inggeris pula telah disampaikan oleh Encik Wan Mahfodz Bin Wan Hassan dari Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 9 (1).

Berikut dipaparkan gambar-gambar sepanjang Bengkel Teknik Menjawab dijalankan:

Encik Johari Bin Mohd Sahar tekun dalam menyampaikan info dan tips menjawab Sains UPSR kepada murid-murid yang terdiri daripada Kumpulan kedua.


Semua murid memberikan sepenuh perhatian dalam perkongsian teknik menjawab  Sains UPSR yang disampaikan oleh Encik Johari Bin Mohd Sahar.


Paparan slaid yang memaparkan salah satu tips dan teknik menjawab soalan KBAT Sains.


Encik Wan Mahfodz Bin Wan Hassan selaku penceramah bagi teknik menjawab Bahasa Inggeris menyampaikan tips kepada murid-murid yang terdiri daripada Kumpulan 1.


Murid-murid fokus dan tekun dalam mendengar perkongsian ilmu bagi teknik menjawab Bahasa Inggeris. 


Murid-murid cuba menjawab soalan mengikut petua dan tips yang telah dikongsikan.


Adalah diharapkan dengan adanya pendedahan Bengkel Teknik Menjawab Sains dan Bahasa Inggeris ini akan membuka minda anak-anak tahun 6 untuk lebih fokus dan faham mengenai kehendak menjawab dengan tepat soalan yang diberi serta petua-petua penting untuk mengelakkan pemotongan markah semasa menjawab kertas peperiksaan.

DISEDIAKAN OLEH:

NURUL AFIQAH BINTI MOHD HASHIM
NORHANA BINTI NORDIN

No comments:

Post a Comment