Saturday, April 27, 2019

Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Daerah Sepang 2019

Sambutan Hari Guru Daerah Sepang 2019 telah diadakan di Kipmall, Kota Warisan. Majlis yang istimewa buat para guru daerah Sepang ini telah dirasmikan oleh wakil Tan Sri Dr. Anthony Francis Fernandes; Tn. Suresh a/l Arumugam. Majlis ini bertujuan untuk menghargai dan mengiktiraf jasa-jasa guru selaku pembina bangsa yang berilmu dan bermaruah. Tahniah buat Tokoh-Tokoh Guru Daerah Sepang kali ini. Jasa kalian tetap dikenang.
    Majlis Hari Apresiasi Kecemerlangan Pendidikan Daerah Sepang bersempena Sambutan Hari Guru tahun ini telah menyediakan pelbagai anugerah kepada sekolah-sekolah yang cemerlang. Setinggi-tinggi tahniah buat SKTPP atas kejayaan menerima 15 anugerah kecemerlangan meliputi semua bidang : kurikulum, HEM, kokurikulum dan PPKI iaitu;
1) Anugerah Kelestarian Prestasi UPSR (Peningkatan Peratus MTM 3 Tahun 2016 - 2018)
2) Anugerah Kecemerlangan Bilik Khas (Bilik Pendidikan Jasmani) Sekolah Rendah
3) Anugerah Kecemerlangan Pusat Sumber Sekolah Rendah
4) Anugerah Penyertaan Best Practices 2018 Kategori Pengurusan Akademik (Rendah)
5) Pencapaian Terbaik IMFree
6) Pengurusan Bimbingan dan Kaunseling
7) Anugerah Peningkatan Program Inklusif Terbaik 2018 (Rendah)
8) Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Program Pendidikan Khas Terbaik 2018 (Rendah)
9) Anugerah Bilik Kreatif & Inovatif Program Pemulihan Khas Daerah Sepang 2018
10) Anugerah Penglibatan Aktif PIBG
11) Anugerah Best Practices Kokurikulum (Pertama)
12) Anugerah Best Practices Kokurikulum (Ketiga)
13) Anugerah Guru Perpustakaan dan Media Cemerlang (Sekolah Rendah) :
       Pn. Arnny Yusnita binti Md. Enarji
14) Anugerah Jurulatih HEM Cemerlang (Rendah) :
      Pn. Rosmah binti Jamat, dan
15) Anugerah Ikon Kaunselor (Rendah) :
      Pn. Rozimah binti Yaakob

    Pihak sekolah dan PIBG ingin merakamkan berbanyak-banyak terima kasih buat PPD Sepang atas penghargaan yang sungguh bermakna lagi manis ini. Tahniah buat semua pentadbir, guru dan  warga sekolah atas penganugerahan ini. Kerja keras dan keikhlasan kalian merupakan rahsia kejayaan yang gemilang ini. Semoga kita terus gigih melaksanakan apa jua kerja yang diamanahkan dengan rasa enjoy, happy namun penuh tanggingjawab.  Syukur alhamdulillah. Semoga kita sentiasa dirahmati Allah SWT. Aamiin...




Cabutan sebahagian dari buku program Sambutan Hari Guru Daerah Sepang

Delegasi SKTPP



Acara rasmi : ucapan, nyanyian lagu & gimik pelancaran

Persembahan pentomen murid-murid PPKI SKTPP

Menanti giliran naik ke pentas

GB menerima 12 sijil anugerah daripada Tn. Abu Hanifah Pegawai JPN Selangor

Pn. Arnny Yusnita binti Md. Enarji menerima Anugerah Guru Perpustakaan dan Media Cemerlang (Sekolah Rendah)

Pn. Rosmah binti Jamat menerima Anugerah Jurulatih Utama HEM Cemerlang (Sekolah Rendah)

Pn. Rozimah binti Yaakob menerima Anugerah Ikon Kaunselor (Rendah)








Senyum puas, bangga dan syukur

Guru Besar bersama sebahagian 15 sijil anugerah yang dirangkul oleh SKTPP

GB dan PK HEM bersama YDP PIBG SKTPP; Tn. Hj. Khairul Azhar bin Mohamad Suffian
Tahniah Tuan Haji!

Barisan Tokoh-Tokoh Guru Daerah Sepang 2019 bersama ahli keluarga



Bersama YB Adif Syan Abdullah; ADUN Dengkil dan KPPD Sepang; Tn. Hj. Arbain bin Pinni


Mengemas booth pameran, bersiap-siap untuk pulang

Terima kasih PPD. Terima kasih semua...
"Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi"

No comments:

Post a Comment