Thursday, April 25, 2019

Sambutan Hari Guru Peringkat SKTPP 2019

JIKA AKU BUKAN GURU..........



Itulah tema pakaian yang diperagakan oleh guru-guru Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana bersempena Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah pada tahun 2019. Sambutan Hari Guru yang meriah dan ceria ini telah diadakan pada:

Hari : Khamis

Tarikh : 25 April 2019

Masa : 8.00 pagi - 1.10 tengah hari

Tempat : Dewan Perdana SKTPP

Tema Hari Guru 2019 : "Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi".

Sambutan Hari Guru pada tahun 2019 disambut awal berikutan pada bulan Mei adalah bulan menyambut Ramadhan. Justeru, pihak sekolah telah memilih dan menyambut Hari Guru pada tarikh 25 April 2019. Sememangnya,guru-guru SKTPP sangat "sporting" dan ceria dalam memperagakan variasi pakaian pekerjaan. Majlis bermula pada jam 8.00 pagi dengan perarakan guru-guru masuk ke Dewan Perdana diiringi dengan paluan kompang dan bunga manggar. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan pengacara majlis diikuti bacaan doa, ucapan ketua murid, ucapan  oleh Tuan Haji Khairul Azhar bin Mohd Suffian,YDP PIBG seterusnya ucapan  Puan Hajah Rohaidah Binti Ali, guru besar SKTPP.

Bacaan doa oleh Ustaz Abdul Hafiz bin Abdul Halil

Ucapan Ketua Murid disampaikan oleh Adik Muhammad Ammar Bin Muhamad Rizal

Puan Rohaidah Binti Mohd Ali, Guru Besar SKTPP sedang menyampaikan ucapan beliau


Pengawas menyampaikan hadiah hari guru dari Kelab Kebajikan Guru dan Kakitangan

Murid-murid memberi hadiah hari guru kepada guru masing-masing

Beberapa memori persembahan daripada kumpulan guru yang sempat dirakam untuk tatapan semua.














Seterusnya, dipaparkan gambar-gambar guru yang menerima Anugerah mengikut kategori masing-masing.

Anugerah Guru Sporting 

 Puan Jamilah Binti Yusof (Sesi Pagi)

 Encik Nur Amirul fitri Bin Othman  (Sesi Petang)


 Anugerah Guru Aktif

  Encik Mohd Izwan Bin Jowahar (Sesi Pagi)

                                               Encik Affandi Bin Mat Zain  (Sesi Petang)

Anugerah Guru Penyayang

Puan Nur Murni Binti Abdullah  (Sesi Pagi)

Cik Amalina Binti Abd Hamid (Sesi Petang)

Anugerah Guru Tegas

 Tuan Haji Tarmiji Bin Sabali (Sesi Pagi)

Encik Ahmad Junaidi Bin Abdullah (Sesi Petang)

Anugerah Guru Awesome (PPKI)

Puan Nor Hayati Binti Mohd Yusuf 

Anugerah Guru Popular

                                                 Tuan Haji Tarmiji Bin Sabali (Sesi Pagi)

Encik Mohd Hadri Bin Ag.Idris (Sesi Petang)

Antara pemenang tema pakaian terbaik sempena Hari Guru 2019

Di sini kami hidangkan memori yang telah dicipta bersama sepanjang sambutan Hari Guru 2019 - Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi.


















Barisan warga SKTPP


QR Code Buku Program Sambutan Hari Guru Tahun 2019


Video Sambutan Hari Guru SKTPP 2019 (Bahagian 1)

Video Sambutan Hari Guru SKTPP 2019 (Bahagian 2)

Video Sambutan Hari Guru SKTPP 2019 (Bahagian 3)

Alhamdulillah, berakhir sudah Sambutan Hari Guru SKTPP 2019. Namun perjuangan guru-guru dalam mendidik anak bangsa tidak berakhir di sini. Kenangan ini menjadi pemangkin dalam meneruskan perjuangan kami.




Disediakan oleh:
Nurul Afiqah binti Mohd Hashim
Norliza binti Ali @ Yasim


No comments:

Post a Comment