Monday, April 1, 2019

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-13 (Sesi Pagi) & Sambutan Meraikan Wira Kriket Kejohanan Kriket Bawah 12 Tahun Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2019

Tarikh: 1 April 2019
Hari: Isnin
Masa: 7.30 pagi
Tempat: Dewan Perdana SKTPP
Pengacara Majlis: Puan Nurliza binti Ab Rahman 

Senarai guru bertugas kumpulan E:
1. Muhammad Afiq bin Azli (K)
2. Nor Azura binti Mustafa (P)
3. Noriza binti Md Noor
4. Nurliza binti Ab Rahman
5. Rafidah binti Salleh
6. Komagal a/p Kunaisekaran
7. Nurzainon binti Mohd Razalli
8. Norfauziaton binti Ali Mohamed
9. Parimala a/p Vengadaslam (Cuti Bersalin)


Agenda Perhimpunan:

1. Nyanyian, Bacaan Doa dan Ikrar
  • Nyanyian lagu Negaraku, Lagu Selangor dan Lagu Sekolah
  • Bacaan doa
  • Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalanraya oleh Puan Nurliza binti Ab Rahman 
  • Bacaan Ikrar Murid
2. Laporan guru bertugas minggu lepas (18 Mac - 22 Mac 2019) oleh Puan Arnny Yusnita binti Md. Enarji



3. Ucapan guru bertugas minggu ini (1.4.2019 - 5.4.2019) oleh Puan Nurliza binti Ab Rahman 


Tema: Jaga Kebersihan Kantin & Tertib di Kantin

  • Murid dinasihatkan supaya sentiasa menjaga kebersihan semasa di kantin sekolah. Murid-murid hendaklah beratur dengan tertib ketika membeli makanan dan tidak tolak-menolak di antara satu sama lain ketika membeli makanan. Ini adalah untuk mengelakkan daripada makanan tertumpah serta kejadian yang tidak diingini.
  • Murid-murid juga dinasihati meletakkan bekas makanan dan minuman mereka ke tempat yang telah disediakan oleh pihak kantin selepas selesai makan dan minum. Murid juga dinasihatkan agar sentiasa  menjaga kebersihan kantin untuk mengelakkan sebarang penyakit.

4. Majlis Sambutan Meraikan Wira Kriket Kejohanan Kriket Bawah 12 Tahun Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2019

Pengacara Majlis: Cik Roslinda binti Mansor
  • Seramai 7 orang pemain daerah Sepang, iaitu 4 orang murid dari SK Taman Putra Perdana dan 2 orang murid lagi dari SK Kota Warisan dan seorang murid SJKT BBST telah terpilih bermain bersama pasukan Kriket Selangor dalam kejohanan Kriket Bawah 12 Tahun MSSM 2019 yang berlangsung pada 16 - 30 Mac 2019 di Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar (IPGKRM), Seremban, Negeri Sembilan.
  • Sekalung tahniah kepada Muhammad Akram bin Abd. Malek, Muhammad Imran bin Muhammad Haikal Iskandar, Muhammad Muqri bin Jafri dan Muhammad Harith Amzar bin Mohd Yasir dari SKTPP yang telah berjaya membantu pasukan Selangor menjadi Johan Kejohanan Kriket MSSM 2019 dan merupakan pencapaian yang sangat membanggakan pihak sekolah.
  • Selain itu, ucapan tahniah juga kepada 2 orang guru SKTPP yang telah dipertanggungjawabkan memikul amanah sebagai jurulatih pasukan iaitu Cikgu Mohd. Izwan & Cikgu Ahmad Junaidi

Gambar-gambar sekitar majlis meraikan kejayaan pemain kriket SKTPP:




Perarakan masuk para pemain kriket yang diraikan ke Dewan Putra Perdana SKTPP





Muhammad Akram bin Abd Malek


Muhammad Imran bin Muhammad Haikal Iskandar


Muhammad Muqri bin Jafri


Muhammad Harith Amzar bin Mohd Yasir



Para pemain bergambar kenangan bersama para pentadbir dan juga jurulatih kriket yang terlibat


Disediakan oleh,
Rafidah Binti Salleh

No comments:

Post a Comment