Monday, April 22, 2019

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu ke-16 (Sesi Petang)

Tarikh : 22 April 2019
Hari : Isnin
Masa : 1.20 petang
Tempat : Dewan Perdana SK Taman Putra Perdana

Pengerusi Majlis : Pn Roslelawati binti Ibrahim


Gambar 1 : Pn Roslelawati sedang mempengerusikan majlis perhimpunan rasmi

Senarai guru bertugas:

1. En. Rusmami bin Rusli (K)
2. En. Hariz Safwan bin Yaccob
3. Pn. Zabedah binti Othman
4. Pn. Salmi binti Adnan
5. Pn. Roslelawati binti Ibrahim
6. Pn. Norazah binti Ali
7. Pn. Shurhama binti Ahmad


Gambar 2 : Dari kiri; En. Hariz Safwan, En. Rusmami, Pn. Zabedah, Pn. Shurhama, Pn. Roslelawati dan Pn. Norazah


Laporan guru bertugas minggu lepas (15/4/2019 sehingga 19/4/2019) - Pn Halijah binti Mihat;

1. Kekalkan adab memberi salam apabila bertemu dengan guru.

2. Isu berlari-lari di persekitaran sekolah, murid diminta untuk sentiasa menjaga keselamatan apabila berada di luar bilik darjah terutamanya ketika menaiki dan menuruni tangga.

3. Murid diminta sentiasa menjaga kebersihan kelas, pastikan sampah dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan.

4. Abaikan kisah yang direka oleh rakan sebaya yang kononnya wujud hantu 'Anabel' di dalam tandas. Sentiasa amalkan adab ketika di dalam tandas. Baca doa sebelum dan selepas masuk serta keluar dari tandas.



Gambar 3 : Guru bertugas minggu 15, Pn Halijah binti Mihat memberikan rangkuman laporan sepanjang kumpulan beliau bertugas

Tema Perhimpunan Mingguan : Gaya Hidup Sihat

1. Lakukan aktiviti bersenam bukan setakat di sekolah semata-mata, malahan juga di rumah.

2. Makan makanan yang berkhasiat, seperti di dalam kandungan Piramid Makanan.

3. Kurangkan pengambilan makanan ringan yang tidak baik untuk kesihatan.

Perkataan LAWAD minggu ini :

1. Bahasa Melayu : Meraut bermaksud meratakan atau melicinkan

2. Bahasa Inggeris : Sea bermaksud laut

3. Bahasa Arab : قلم bermaksud pen

Penyampaian Hadiah Keceriaan Kelas Mingguan

Senarai Pemenang Kelas Tahun 1

Pertama : Oracle (96%)
Kedua : Windows (95%)
Ketiga : Unix (91%)


Gambar 4 : Ketua kelas Unix menerima hadiah keceriaan kelas tempat ketiga


Gambar 5 : Ketua kelas Windows menerima hadiah keceriaan kelas tempat kedua


Gambar 6 : Ketua kelas Oracle menerima hadiah tempat pertama keceriaan kelas

Senarai Pemenang Kelas Tahun 2

Pertama : Iphone (84%)
Kedua : Nokia (81%)
Ketiga : Vivo (79%)


Gambar 7 : Penolong ketua kelas Vivo menerima hadiah keceriaan tempat ketiga


Gambar 8 : Ketua kelas Nokia menerima hadiah keceriaan kelas tempat kedua


Gambar 9 : Ketua kelas Iphone menerima hadiah keceriaan kelas tempat pertama

Senarai Pemenang Kelas Tahun 3

Pertama : Al-Farabi (91%)
Kedua : Al-Biruni (89%)
Ketiga : Ibnu Khaldun (88%)


Gambar 10 : Ketua kelas Ibnu Khaldun menerima hadiah keceriaan kelas tempat ketiga


Gambar 11 : Ketua kelas Al-Biruni menerima hadiah keceriaan kelas tempat kedua


Gambar 12 : Ketua kelas Al-Farabi menerima hadiah tempat pertama keceriaan kelas

Pengumuman 

1. Hari Guru Peringkat Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana akan disambut pada 25/4/2019 (Khamis). Justeru, murid sesi petang dikehendaki hadir sesi pagi.

2. Kokurikulum pada hari Rabu 24/4/2019 dijalankan seperti biasa bagi Unit Beruniform.

Laporan disediakan
En Hariz Safwan bin Yaccob

No comments:

Post a Comment