Thursday, April 11, 2019

Perkhemahan Cuti Pasukan Persatuan Pandu Puteri Tunas Daerah Sepang 2019


Perkhemahan Cuti Pasukan Persatuan Pandu Puteri Tunas Daerah Sepang telah diadakan di Kem Princess Haliza, Sepang, Selangor. Perkhemahan ini berlangsung pada 11 - 13 April 2019. Perkhemahan ini adalah Anjuran Pandu Puteri Daerah Sepang. Seramai 9 orang murid dan 5 orang guru pengiring SK Taman Putra Perdana telah mengikuti perkhemahan ini. Murid yang terlibat ialah Nur Arissa Nuha Binti Mohd Amin, Asha Rania Binti Sallehudin, Dhiya Nur Aisyah Binti Mohd Rusdi, Farah Nuradlina Binti Faizal, Nur Aisyah binti Mohd Raussein, Nureen Arissa binti Khairol Amali, Nurmila Herliana binti Abd Hashim, RaisyaSyifa binti Shaiful Bahar dan Nur Zarith Safiya binti Mohammad Zahir. Manakala 5 orang guru terlibat iaitu Cikgu Siti Rabiaah binti Mohammad, Grace A/P Danaraj, Nik Kamisah binti Mohd Aziz, Norbaizura binti Nordin, dan Junaidah binti Rus.
Perkhemahan Cuti Pasukan ini merupakan suatu perkhemahan wajib bagi ahli-ahli Pandu Puteri Tunas untuk melengkapkan log peribadi mereka dan seterusnya melayakkan diri mereka mengikuti Bengkel Anugerah Tunas Harapan. Ia juga dilaksanakan selaras dengan kehendak Kementerian Pelajaran yang ingin membentuk murid yang seimbang daripada segi rohani, emosi, jasmani, intelek dan sahsiah.
Antara objektif perkhemahan ini ialah:
·         Melahirkan ahli Pandu Puteri Tunas yang mampu berdikari dan mampu menyesuaikan diri dengan persekitaran mereka.
·         Menyediakan ahli Pandu Puteri Tunas yang lebih berkeyakinan dan bermotivasi tinggi.
·         Menyediakan platform kepada ahli-ahli Pandu Puteri Tunas untuk merasai pengalaman berkhemah.

Banyak aktivti yang menarik telah diikuti sepanjang tiga hari perkhemahan ini. Antaranya:
1. Perlantikan Ahli Pandu Puteri Tunas
2. Sukaneka Pandu Puteri Tunas
3. Permainan Kim, Perutusan / Night Treasure
4. Khidmat Masyarakat

5. Masakan Rimba
6. Lencana Pertolongan Cemas

7. Ikatan / Hidangan / Kompas
8. Malam Kebudayaan
9. Aktiviti Kecergasan

Gambar- gambar aktivti sepanjang perkhemahan...



 
 Sukaneka Pandu Puteri Tunas


 
Ahli Tunas Pandu Puteri memberi hadiah sebagai Khidmat Masyarakat

 
Masakan Rimba


Perlantikan Ali Pandu Puteri Tunas

Ahli Pandu Puteri Tunas bergambar selepas menerima perlantikan.

Ahli Pandu Puteri brgambar kenangan sebelum pulang


No comments:

Post a Comment