Wednesday, April 10, 2019

Kursus Asas Kemahiran Komunikasi Sahabat PPDa Dan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)

Unit Bimbingan & Kaunseling bersama Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) telah merancang dan melaksanakan satu kursus untuk pemimpin-pemimpin kecil Sahabat PPDa dan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) pada hari ini. Kursus ini telah diadakan di Gerbang Minda SKTPP, bermula jam 11.45 pagi hingga 2.00 petang.

Matlamat utama kursus ini diadakan adalah untuk membentuk karektor serta sahsiah diri murid yang disegani oleh warga sekolah. Melalui kursus ini juga, diharap Sahabat PPDa dan PRS ini dapat memperkasakan kemahiran berkomunikasi yang betul dan mempertingkatkan softskill mereka. Kursus ini telah dikendalikan oleh penceramah jemputan KIDA Resources iaitu En Shahdon Samsuddin.

Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakamkan sepanjang program berlangsung

 Pendaftaran kursus
Penceramah jemputan  dari KIDA Resources 

 Ceramah yang menarik perhatian para peserta

 En. Shahdon menunjuk cara teknik berkomunikasi 

 Peserta mempraktikkan teknik komunikasi yang diajar
 Sesi debat menjadi salah satu cara untuk mempraktikkan komunikasi yang berkesan

  Sesi penyampaian sijil kepada penceramah dan peserta diakhir kursus

No comments:

Post a Comment