Monday, April 1, 2019

Sambutan Meraikan Wira-Wira Kejohanan Kriket Bawah 12 Tahun Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2019

Pada 16 hingga 30 Mac 2019, telah berlangsung Kejohanan Kriket MSSM 2019 di Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar (IPGKRM), Seremban, Negeri Sembilan.

Seramai 6 orang pemain daerah Sepang, seorang daripadanya murid SK Kota Warisan, seorang SJKT BBST dan  4 orang murid dari SK Taman Putra Perdana telah terpilih bermain bersama pasukan Selangor dalam kejohanan tersebut. Mereka adalah Muhammad Akram bin Abd Malek, Muhammad Imran bin Muhammad Haikal Iskandar, Muhammad Muqri bin Jafri, dan Muhammad Harith Amzar bin Mohd Yasir. Selain itu, 2 orang guru SKTPP iaitu Cikgu Mohd Izwan dan Cikgu Ahmad Junaidi dipertanggungjawabkan memikul amanah sebagai jurulatih pasukan.

Alhamdulillah, Pasukan Kriket Selangor Bawah 12 Tahun telah berjaya menjadi Johan Kejohanan Kriket MSSM 2019 dengan mengalahkan Perak. Untuk rekod, sejak murid SKTPP  terpilih mewakili Selangor pada 2017, Selangor telah berjaya menjadi Johan sebanyak 3 kali berturut-turut. Tambah manis apabila adik Muhammad Harith Amzar bin Mohd Yasir dan pasangannya, Aqif dari Kuala Langat telah menyelamatkan maruah Selangor di peringkat separuh akhir dan seterusnya membawa pasukan Selangor ke peringkat akhir. 


Permainan peringkat akhir menentang Perak juga amat sengit. Namun kekuatan mental pemain-pemain Selangor telah berjaya melonjakkan semangat para pemain sehingga akhirnya rezeki berpihak kepada pasukan Selangor. Syabas dan tahniah! Warga sekolah amat berbangga dengan pencapaian yang manis dan terindah ini. Semoga kriket SKTPP akan terus cemerlang dalam Kejohanan MSSM dan lain-lain kejohanan pada masa depan.

Setinggi-tinggi tahniah buat hero-hero kriket SKTPP yang memenangi kejohanan MSSM  2019 ini. Tahniah juga buat jurulatih hebat Selangor termasuklah guru-guru SKTPP yang tidak jemu-jemu melatih dan menggilap bakat-bakat cilik kriket sekolah. Tak lupa tahniah buat Sepang Rangers Cricket Club (SRCC) yang sangat supportif dalam pembangunan dan kebajikan para pemain.

Kemenangan ini disokong penuh oleh ibu bapa para pemain yang begitu komited memberi sokongan padu dari segi mental dan fizikal kepada pemain. Tanpa sokongan dan penglibatan ibu bapa dalam kejohanan ini mungkin sukar untuk kemenangan dicapai. Mereka telah banyak meluangkan masa dan tenaga membantu kejayaan anak-anak mereka. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada ibu bapa yang terlibat.

Gambar-gambar majlis meraikan kejayaan para pemain di SKTPP pagi tadi...


  




Perarakan masuk para pemain kriket yang diraikan ke Dewan Putra Perdana SKTPP.


Barisan ibu bapa para pemain

Barisan pemain yang diraikan

Barisan para pentadbir SKTPP, NYDP PIBG En Ibrahim bin Rahman, Timbalan Presiden SRCC; En. Mazlan bin Norman dan jurulatih Kriket; En. Izwan serta En. Junaidi.

Ucapan Pengacara Majlis, Cikgu Roslinda binti Mansor

Ucapan NYDP PIBG, En. Ibrahim bin Rahman

Ucapan Guru Besar SKTPP; Pn. Hjh Rohaidah binti Mohd Ali

Cikgu Izwan

Cikgu Junaidi

Akram

Imran

Muqri

Amzar
Penyampaian Hadiah dan Sijil kepada jurulatih dan para pemain

4 wira kriket kebanggaan sekolah

Para pemain bergambar bersama Guru Besar, PK Koku dan jurulatih

Para pemain bersama barisan ibu bapa, para pentadbir dan jurulatih






Jamuan ringan di kantin sekolah

Dari kiri:  Muhammad Imran bin Muhammad Haikal Iskandar, Muhammad Akram bin Abd Malek, Cikgu Ahmad Junaidi, Cikgu Mohd Izwan, Muhammad Muqri bin Jafri, dan Muhammad Harith Amzar bin Mohd Yasir

Setinggi-tinggi ucapan TAHNIAH diucapkan kepada para pemain dan jurulatih yang telah berjaya mengharumkan nama sekolah.


Disediakan oleh,
Norbaizura binti Nordin

No comments:

Post a Comment