Monday, October 11, 2021

Jom Bijak Internet

Assalamualaikum, salam ceria😃😃😃salam bahagia untuk semua warga SKTPP. Semoga kita semua sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah.

Pastinya di era globalisasi ini, penggunaan internet dalam kalangan anak-anak dan guru-guru SKTPP ini sudah tidak asing lagi dan menjadi wadah tatapan harian bermula dari membuka mata hinggalah menutup mata semula. 

Memang tidak dapat disangkal lagi, internet memberi banyak manfaat kepada kita. Pendek kata, internet memainkan peranan yang amat penting dalam kehidupan kita. Namun sebagai pengguna, kita perlulah bijak menggunakan teknologi yang canggih ini. Di sini cikgu kongsikan cara bijak bagaimana kita melayari internet dengan selamat.


Saksikan juga video berkaitan panduan keselamatan melayari internet di bawah



#staysafe
#staypositif
#kiaskukenaldiriku

No comments:

Post a Comment