Friday, October 1, 2021

Laporan Bertugas Minggu Ke-32 (Sesi Petang)

Tarikh : 27 September 2021 hingga 01 Oktober 2021

Senarai guru bertugas Kumpulan 2

1. Mohamad Hasbullah bin Zainal Abidin
2. Nik Rosmaliza binti Nik Husain
3. Halijah binti Mihat
4. Nashirah binti Taib
5. Nor Azian binti Ahmad
6. Noor Azlinda binti Kasmin
7. Nor Maziah binti Abd Malek
8. Shuharma binti Ahmad
9. Roslelawati binti Ibrahim

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.

Minggu ini merupakan minggu ke-31 sesi persekolahan bagi tahun 2021. Seperti biasa, sesi PdPR tetap berlangsung seperti minggu-minggu yang lalu, samada diadakan secara atas talian mahupun luar talian. Diharapkan agar guru-guru dan murid-murid SKTPP masih bersemangat dan teruja untuk meneruskan sesi pembelajaran norma baharu ini. Begitu juga dengan ibu bapa, diharapkan masih kuat dan bersemangat menggembleng tenaga, usaha dan masa bersama-sama guru bagi memastikan kelangsungan pendidikan anak-anak. Jika semangat terasa kendur, penat, letih dan lesu, cepat-cepat klik pautan ini, 

http://kaunselingsktpp.blogspot.com/2021/10/tips-kekal-positif.html

Baca, hayati dan teliti.. InshaAllah pasti terinspirasi.

 Kelas atas talian subjek Bahasa Melayu Tahun 1 bersama Cikgu Hasbullah



Murid-murid tekun mengikuti kelas atas talian subjek Bahasa Inggeris Tahun 1 bersama Teacher Maizara


Antara hasil tugasan murid bagi subjek Pendidikan Seni Tahun 2
                                            

Hasil kerja murid untuk subjek Sains Tahun 2


Berikut pula merupakan rangkuman peristiwa dalam seminggu:

1) Taklimat Pelaksanaan Modul Pemugaran Literasi dan Numerasi dalam kalangan guru-guru SKTPP yang terlibat.

Tarikh : 27 September 2021
Hari    : Isnin


2) Pengedaran Modul Asas Literasi dan Numerasi. 

Tarikh : 29 September 2021
Hari    : Rabu

Sesi pengedaran Modul Asas Literasi dan Numerasi


2) Mesyuarat Ketua AJK Pelaksana MAT PIBG

Tarikh : 29 September 2021
Hari     : Rabu
Masa    : 2.30 petang


3) Pemantauan Persediaan Pembukaan Sekolah (Kelas PPKI) oleh pegawai dari JPS

Tarikh : 28 September 2021
Hari    : Selasa



4) Persiapan PPKI untuk menerima kehadiran semula murid ke sekolah. 



5) Mesyuarat AJK PIBG kali ke-3 Sesi 2020/2021
Tarikh : 2 Oktober 2021
Hari    : Sabtu
Masa   : 8.30 pagi


6) Aktiviti Kokurikulum Unit Beruniform.
Tarikh ; 2 Oktober 2021
Hari    : Sabtu
Masa  : 8.30 - 9.30 pagi


Maklumat lanjut mengenai aktiviti Kokurikulum badan-badan berunifrom, boleh diikuti melalui pautan berikut:

Penutup laporan minggu ini, diucapkan:

 Selamat Kembali ke Sekolah untuk murid-murid PPKI SKTPP! 
Semoga gembira dan bersemangat untuk meneruskan pembelajaran di sekolah.
#jagaSOP
#kitajagakita
#kitamestimenang


Disediakan oleh;
Nor Azian Ahmad
Guru bertugas Kumpulan 2

No comments:

Post a Comment