Monday, October 4, 2021

Hari Pertama Pembukaan Sekolah

   Pembukaan sekolah dimulai dengan kehadiran murid-murid PPKI hari ini. Alhamdulillah perjalanan pengoperasian berjalan lancar. Anak-anak PPKI jelas teruja, ceria dan seronok datang ke sekolah. Terima kasih Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS); Tn. Kennedy yang sama-sama menyambut anak murid. Mesti seronok anak-anak murid dapat belajar di kelas baharu. Tandas, bilik PK dan bilik guru pun baru. Seadanya..

   Guru Bimbingan dan Kaunseling bertugas; Cikgu Juli turut membantu anak-anak PPKI. Pekerja sekolah meneruskan tugas membersihkan kawasan sekolah & membantu guru-guru membersihkan bilik darjah.

   Guru-guru AJK Teknikal masih meneruskan 'test run' untuk Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) PIBG nanti. Terima kasih YDP PIBG; Tn. Hj. Khairul Azhar Mohammad Suffian yang turun padang melihat persiapan MAT serta perjalanan PPKI & masalah fizikal prasekolah. Semoga keadaan akan bertambah baik hasil keprihatinan PIBG..

Suhu murid diambi

Guru-guru pun bersemangat 



Selamat bersekolah semula buat murid-murid PPKI

PPM penyayang



Guru penyayang

Bapa penyayang

Pegawai Polis PPS turut menyambut anak murid





Bilik Guru PPKI

Dapur PPKI


2 tandas baru yang cantik

Koridor depan

Belakang pun sekarang dah ada pintu




Bilik darjah baru dirasmi oleh anak-anak murid hari ini


Bilik PK PPKI serba sederhana

Di sebelah Bilik Pengurusan PPKI

GB di kerusi tetamu

Guru Bimbingan dan Kaunseling bertugas; Cikgu Juli binti Mahbah


Pekerja pembersihan meneruskan kerja


PPS; Tn. Kennedy dari Balai Polis Putra Perdana berbincang tentang keadaan sekolah dan anak murid


YDP PIBG; Tn. Hj. Khairul Azhar melihat guru-guru test run operasi perjalanan MAT PIBG nanti


Cikgu-cikgu AJK Teknikal MAT PIBG

YDP melawat PPKI


YDP melihat prasekolah

Guru Besar bersama PK dan PPM PPKI

No comments:

Post a Comment