Friday, October 22, 2021

Majlis Pelancaran Kem Bestari Solat Tahun 2021

Solat merupakan asas utama dalam membentuk peribadi kehidupan seorang muslim yang sejati. Solat merupakan rukun Islam kedua yang wajib ditunaikan oleh setiap individu muslim. Demi memberi kesedaran kepada generasi muda tentang kepentingan solat, Kem Bestari Solat yang dijalankan saban tahun tetap juga dilestarikan pada zaman pandemik ini walaupun hanya secara maya. Ia merupakan aktiviti ko-akademik untuk memastikan murid dapat menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan, perbuatan, ilmu pengetahuan dan penghayatan. Kem Bestari Solat adalah aktiviti yang dilaksanakan bagi memastikan murid dapat menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan dan perbuatan.

    Pelaksanaan seawal umur 7 - 12 tahun adalah bertepatan dengan ajaran al-Quran dan al-Sunnah sebagai latihan ke arah memantapkan lagi pelaksanaan ibadah dalam kalangan murid-murid. Meskipun berlakunya pandemik COVID-19 yang menular ke seluruh dunia, program Kem Bestari Solat tetap dilaksanakan mengikut SOP yang telah disediakan sesuai dengan kaedah pelaksanaannya.

    Antara objektif yang terkandung dalam Kem Bestari Solat ini adalah:

  1. Memberi pendedahan kepada murid tentang cara solat yang betul berdasarkan rukun dan syarat-syarat yang telah ditetapkan.
  2. Murid dapat melaksanakan semua perbuatan serta bacaan dalam solat dengan betul dan lancar.
  3. Murid dapat menentukan kedudukan imam dan makmum semasa solat berjemaah.
  4. Menanam sikap tanggungjawab untuk melaksanakan solat fadhu sebagai ibadat yang wajib dalam kehidupan harian
  5. Memberi pendedahan kepada murid tentang cara solat yang sempurna sama ada solat secara bersendirian ataupun berjemaah.

    Majlis Pelancaran Kem Bestari Solat ini telah disempurnakan oleh Puan Hajah Rohaidah bt Mohd Ali, Guru Besar SK Taman Putra Perdana dan telah dijalankan pada ketetapan berikut:

            Tarikh :  22 Oktober 2021

            Hari :      Jumaat

            Aplikasi : Video

    Program ini dijalankan dengan menggunakan aplikasi suntingan video. Murid diberi modul secara drive thru mengikut tahap dan kelas. Berikut merupakan sebahagian daripada momen-momen yang sempat diambil oleh guru dan murid sepanjang pelancaran program ini berlangsung.


Majlis dikemudi oleh pengacara hebat Ustaz Hariz Safwan

Bacaan doa diketua oleh Al Fadhil Ustaz Abdul Hafiz

Pelancaran disempurnakan oleh Puan Hajah Rohaidah bt Mohd Ali

Taklimat ringkat dari Penyelaras Program, Ustaz Ahmad Zunaidi

Ceramah yang disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Zurilazman berkenaan Solat


















    Walaupun di era pandemik, murid masih tetap bersemangat memberikan komitmen secara maya. Semoga  program  yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Kem Bestari Solat adalah sebahagian program j-QAF yang wajib dilaksanakan di sekolah. Oleh itu, diharapkan pelaksanaan kem ini akan dapat  memberi  kesan kepada murid-murid untuk meningkatkan kemahiran, kesungguhan  dan rasa tanggungjawab untuk melaksanakan fardhu ain yang diperintah oleh Allah swt. Semoga kem yang dirancang ini memberi manfaat kepada semua.



Disediakan oleh:
Nor Rafini binti Othman


No comments:

Post a Comment