Saturday, October 2, 2021

Lawatan Mengejut Pemantau

Petang ini semua pentadbir datang ke sekolah kerana pemantau datang melihat kebersihan dan keadaan sekolah. Antara tempat yang dilawati  termasuklah pondok pengawal, bilik darjah, bilik khas, padang, kantin, tandas, stor, koridor, surau dan bilik isolasi. Semuanya perlu dipastikan bersih, kemas dan selamat menjelang Isnin depan. Bukan setakat kelas PPKI, kelas-kelas aliran perdana dan bilik guru juga perlu diberi perhatian. Insyaa Allah kita akan ambil tindakan yang sewajarnya dengan seberapa segera. Esok kantin akan dicuci dan beberapa orang guru serta pekerja sekolah akan datang ke sekolah berkemas. Semoga keadaan akan lebih kondusif hasil kerjasama semua..






Pemantau berbincang dengan pentadbir aspek-aspek yang perlu diberi perhatian.
Insyaa Allah esok kita ambil tindakan

No comments:

Post a Comment