Friday, October 29, 2021

Laporan Bertugas Minggu ke-36 (Sesi Petang)

Tarikh : 25 Oktober hingga 29 Oktober 2021


Senarai guru yang bertugas :

  1. Saifullah bin Mat Saupi (K)
  2. Aizil Hasyimi bin Abdul Rahman
  3. Norazmira binti Kadirun
  4. Nora Azean binti Che Othman
  5. Norazah binti Mohd Ali
  6. Nor Latipah binti Che Yusoff
  7. Afandi bin Mat Zain
  8. Maizara binti Mahat
  9. Siti Aishah binti Hanafi

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera kepada pembaca blog SKTPP di luar sana. Minggu ini merupakan minggu ke-36 sesi persekolahan bagi tahun 2021. Terdapat banyak aktiviti yang berlaku sepanjang minggu ini.

Berikut merupakan aktiviti yang berlaku sepanjang minggu ini.

1. Taklimat Pembukaan Sekolah

Pada 25-27 Oktober 2021, semua guru diminta hadir ke sekolah untuk membuat persediaan pembukaan sekolah pada 1 November nanti.

Taklimat yang disampaikan oleh guru-guru penolong kanan.

Guru-guru mendengar taklimat yang disampaikan oleh guru besar.

2. Aktiviti Pembersihan Kawasan Sekolah

Semua guru bekerjasama membersihkan kawasan sekolah supaya sekolah berada dalam keadaan bersih dan selamat.

Perkongsian video daripada Ustazah Halijah.


Pekerja pembersihan sedang membersihkan Dataran Perdana.



Guru -guru kelas membersihkan kelas masing-masing.

3. Raptai MAT PIBG
 


Ahli jawatankuasa bertungkus lumus membuat persiapan MAT PIBG secara online.

4. Sambutan Hari Kanak-kanak Peringkat Prasekolah




Video Ringkas sambutan hari kanak-kanak prasekolah


Sekian, terima kasih..

Disediakan oleh; 
Nor Latipah Bt Che Yusoff

No comments:

Post a Comment