Monday, August 1, 2022

Penyampaian Cenderahati Bagi Pencapaian Murid Dalam Pertandingan ILSS (Ikhtifal Lughawi Sekolah-Sekolah), MQSS (Mahrajan Al-quran Sekolah-Sekolah), FKISS (Festival Kesenian Islam Sekolah-Sekolah) dan e-Mahabbah (PPKI) 2022

Pada hari Isnin bersamaan 1 Ogos 2022 telah diadakan penyampaian cenderahati kepada barisan murid yang telah terpilih untuk mewakili sekolah dan daerah ke peringkat Negeri dalam beberapa pertandingan iaitu ILSS (Ikhtifal Lughawi Sekolah-Sekolah), MQSS (Mahrajan Al-quran Sekolah-Sekolah) dan FKISS (Festival Kesenian Islam Sekolah-Sekolah) serta e-Mahabbah (PPKI).

Penyampaian cenderahati ini bertujuan untuk memberikan penghargaan kepada murid-murid yang terlibat di samping menyuntik semangat mereka untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang pada masa akan datang. Dalam masa yang sama, penghargaan yang diberikan ini berupaya menjadi satu bentuk dorongan dan semangat kepada murid-murid yang lain untuk turut sama melibatkan diri secara aktif dalam apa jua pertandingan yang dianjurkan baik di peringkat sekolah, daerah mahupun ke peringkat yang lebih tinggi seperti peringkat negeri dan kebangsaan.

Penglibatan murid ini dilihat dapat membentuk kemenjadian diri murid dari segi pembentukan jati diri serta perilaku yang soleh dan terpuji yang diharapkan menjadi inspirasi dan panduan serta tauladan kepada murid yang lain dalam melahirkan generasi yang cemerlang dalam semua aspek akademik, kokurikulum dan sahsiah. 

Berikut merupakan senarai penerima cenderahati bagi setiap pertandingan yang telah membawa kejayaan dan mengharumkan nama sekolah:


ILSS (Ikhtifal Lughawi Sekolah-Sekolah)

 

DAEI CILIK

L: MUHAMMAD ARSHAD BIN ALDY ANUAR (TEMPAT KETIGA)

P: FARHANA KAISARA BINTI AHMAD FAWWAZ

 

KALAM ARABIY

L: MEGAT FIQRI BIN MEGAT ROSLAN (JOHAN DAERAH, KETIGA NEGERI)

P: NUR SYAZA IWANI BINTI SA'ARI (NAIB JOHAN DAERAH)

 

 

MQSS (Mahrajan Al-quran Sekolah-Sekolah)

 

HAFAZAN

L: AHMAD ASYRAAF HAKIMI B SUHAIDI

P: NUR MARISSA ARISSA BINTI HAMIDON

 

TILAWAH

L: AHMAD ASYRAAF HAKIMI B SUHAIDI (TEMPAT KETIGA)

P: PUTRI HUSNURRIZQI BT MOHD HAFIZ (TEMPAT KEDUA)

 

 

FKISS (Festival Kesenian Islam Sekolah-Sekolah)

 

SAJAK

 L - MUHAMMAD FAHEEM BIN MOHD ASRUL SHARIFF

 P - NUR IZZAH BADRINA BT REKI

 

SYAIR

L - MUHAMMAD AQIL B. NORAZMI (TEMPAT KETIGA)

P - AINA NADIA BT AHMAD NAZRI


KHAT

P - NUR IRDINA SOFIY BINTI MOHAMMAD SHARIL

 

NYANYIAN SOLO

 L - MUHAMMAD HAKEEM RIZQI B NORAZMI

 P - QISHA HANA BT KHAIRULNIZAM (TEMPAT KELIMA)

 

Bagi pertandingan yang dijalankan secara dalam talian ini turut disertai oleh murid Pendidikan Khas (PPKI) bagi pertandingan e-Mahabbah. Penyertaan mereka juga telah membuahkan kejayaan yang cemerlang. Antaranya ialah:

 

 E-HAFAZAN LELAKI (NAIB JOHAN)

 MUHAMMAD NAJMUDDIN BIN MOHD NIZAM

 

 E-HAFAZAN PEREMPUAN (KETIGA)

 NORHANA JULIA BINTI ABDULLAH

 

E-NYANYIAN SOLO DAKWAH TERBUKA (NAIB JOHAN)

NUR ALESYA AMMARA HANA BINTI MOHD REDZUAN


Berikut merupakan gambar-gambar semasa sesi penyampaian cenderahati berlangsung:


Guru-guru yang bertugas sebagai jawatankuasa hadiah 

Ketua Panitia Pendidikan Islam, Puan Nur Hanim binti Ismail bergambar bersama jawatankuasa majlis

Ustaz Syed Farhan Hanafi bin Syed Abdullah selaku pengacara majlis







Guru Besar SKTPP, Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali menyempurnakan upacara penyampaian cenderahati kepada para pemenang

Ustaz Zairuddin bin Mohamad Kelsom mengambil hadiah bagi mewakili peserta PPKI

Guru Pendidikan Islam dan Bahasa Arab bergambar kenangan bersama barisan pentadbir dan pemenang

Tahniah kepada semua pemenang. Teruskan usaha untuk mencapai kejayaan yang lebih gemilang.

No comments:

Post a Comment