Tuesday, January 3, 2023

Ujian Akhir Sesi Akademik Tahun 2022/2023

Ujian akhir sesi akademik (UASA) ialah ujian peringkat sekolah dan dilaksanakan sebagai sebahagian daripada PBD sumatif di akhir kalendar akademik. Ujian akhir sesi akademik bukan merupakan pentaksiran pusat.

    Ujian akhir sesi akademik adalah untuk menguji tahap kognitif murid bukan membandingkan prestasi atau pencapaian antara murid, sekolah, daerah dan negeri. Ujian ini bertujuan mengumpul dan mendapatkan maklumat mengenai tahap pencapaian akademik murid atau kandungan yang dipelajari murid sepanjang sesi akademik. Seterusnya, ujian ini juga dapat memberi gambaran yang menyeluruh tentang perkembangan kemajuan, kebolehan dan pencapaian murid.

   Ujian akhir sesi akademik SK Taman Putra akan dijalankan pada semua murid dari tahun 1 hingga tahun 6. Murid tahun 1, 2 dan 3 akan menjalani ujian ini pada 4 Januari hingga 9 Januari 2023. Manakala murid tahun 4, 5 dan 6 akan menjalani ujian ini pada 4 Januari - 6 Januari dan disambung pada 17 Januari hingga 19 Januari 2023.


No comments:

Post a Comment