Monday, January 9, 2023

SKTPP @ DidikTV KPM NTV7: Sukan Kriket Adiwira

Alhamdulillah.. SKTPP telah terpilih sebagai lokasi penggambaran dan pemain-pemain cilik SKTPP telah terpilih sebagai pelakon simulasi merangkap untuk slot pengajaran Sukan Kriket Adiwira oleh Cikgu Mohd Nazril bin Abd Rahman (guru Sekolah Sukan Negara (SSN) Bukit Jalil). 

Penggambaran telah diadakan semasa cuti sekolah bulan Disember 2022. Seramai 12 orang murid telah terlibat sepanjang rakaman tersebut termasuk 3 orang pemain kriket SKTPP yang telah membantu pasukan Selangor menjuarai Kejohanan Kriket MSSM 2022 yang lalu iaitu: 

~ Auf Abraqi bin Mohd Rusdi

~ Nagineswaran a/l Sathnakumaran

~ Muhammad Hakeem Rizqi bin Norazmi


Bersama krew DidikTV KPM NTV7

Bersama host Fizie Roslan

Bersama host Hanif Shawn



















Rancangan tersebut telah bersiaran di DidikTV NTV7 pada;

31 Disember 2022 (Sabtu)

1 Januari 2023 (Ahad)

7 Januari 2023 (Sabtu)

8 Januari 2023 (Ahad)

Masa : 7.30 - 8.30 malam




Jom belajar Kriket bersama Coach Nazril ๐Ÿ˜๐Ÿ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ









#sktppddidiktv

Terima kasih banyak diucapkan kepada Tn. Nazril Rahman (SSBJ), Tn Samsyul Hisham (KPM) dan krew DidikTV atas peluang yang diberi kepada sekolah kami. Semoga sukan kriket akan terus diminati dan popular dalam kalangan murid serta guru sekolah negara kita sebagaimana sukan-sukan lain..

#adiwirakriket 

#risingtogether๐Ÿ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

No comments:

Post a Comment