Saturday, January 14, 2023

Program Intervensi Minda Sihat Sekolah Rendah PPD Sepang 2023

Pada hari ini, semua Guru Bimbingan dan Kaunseling, semua murid Tahun 5, murid Tahun 6 serta ibu bapa telah dijemput menyertai Program Intervensi Minda Sihat Sekolah Rendah PPD Sepang yang dilaksanakan di platform Youtube Live. Program ini merupakan satu pendekatan yang dilaksanakan bagi membantu perkembangan murid dengan lebih aktif dan sihat dari segi mental, fizikal, sahsiah dan minda. 

Maklumat program seperti butiran berikut:

Tarikh : 14 Januari 2023

Hari : Sabtu

Masa : 9.00 pagi hingga 11.00 pagi

Platform, Youtube Live : https://youtu.be/LoDpEx5npbE

Objektif: 

1) Murid dapat membantu dan mengawal emosi yang dihadapi

2) Warga sekolah dapat menangani masalah kesihatan mental dan mengamalkan intervensi yang dibimbing sebagai panduan yang boleh mensejahterakan mental dan emosi

3) Aktiviti memugarkan emosi dapat dijalankan bagi menyokong kesejahteraan masing-masing. 

Buku Program : https://anyflip.com/zqoml/bklv/

Slaid Taklimat Program Minda Sihat : https://anyflip.com/bungw/ckhu/

e-Sijil Penyertaan :

Lensa kamera sepanjang program berlangsung:

Penceramah Jemputan: Dr Hilwa Abdullah @ Mohd. Nor, Pensyarah Kanan / Perunding Psikologi Klinikal Universiti Kebangsaan Malaysia





Lagi laporan Program Intervensi Minda Sihat Sekolah Rendah PPD Sepang dalam blog Bimbingan & Kaunseling SK Taman Putra Perdana, sila klik di sini.
Terima kasih.

No comments:

Post a Comment