Friday, January 6, 2023

Laporan Bertugas Minggu Ke-36 (Sesi Petang)

Tarikh: 3 - 6 Januari 2023

Hari: Selasa - Jumaat

Senarai nama guru bertugas:

  1. Encik Mohamad Hasbullah bin Zainal Abidin
  2. Encik Rusmami bin Rusli
  3. Encik Ahmad Junaidi bin Abdullah
  4. Puan Siti Aisah binti Hanafi
  5. Puan Norhidayu binti Sadri
  6. Puan Nur Malisha binti Omar
  7. Puan Nor Maziah binti Abd Malek
  8. Puan Nurazlin binti Mat Nor
  9. Puan Wan Mahani binti Wan Hashim 


Alhamdulillah sesi persekolahan kembali bermula setelah bercuti selama 3 minggu. Minggu ini merupakan giliran Kumpulan F untuk menjalankan tugas. Sesi persekolahan bermula pada hari Selasa memandangkan hari Isnin merupakan cuti umum sempena Tahun Baru 2023. Oleh itu, perhimpunan mingguan ditangguhkan.

    Pada minggu ini telah berlangsung Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) bagi murid Tahun 1, 2 dan 3. UASA bukanlah peperiksaan awam dan tidak bersifat high stake. Ujian ini adalah ujian sumatif yang dilaksanakan bersama-sama dengan PBD oleh guru dan sekolah bagi tujuan mengumpul maklumat tentang pertumbuhan murid selepas satu proses PdP.  UASA dijalankan selama 4 hari iaitu bermula pada hari Rabu hingga Jumaat dan bersambung pada Isnin minggu berikutnya.

Murid-murid sedang tekun menjawab soalan UASA

Murid Tahun 1 sedang menjawab soalan Bahasa Inggeris

Selain daripada itu, satu jamuan ringkas telah diadakan pada hari Jumaat sempena perpisahan Cikgu Roslelawati yang akan berpindah ke SK Kelaboran, Tumpat, Kelantan. Beliau merupakan Guru Kelas 1 Daihatsu dan juga guru subjek Bahasa Melayu. Semoga Cikgu Roslelawati terus cemerlang di sekolah baharu nanti.


Hari terakhir bersama Cikgu Roslelawati di SKTPP

Cikgu Roslelawati bergambar kenangan bersama anak murid


Berikut disertakan lampiran gambar sepanjang minggu ini.

Murid-murid berjalan masuk ke dewan melalui Pagar B

Murid Tahap 1 berkumpul di dewan sebelum bergerak ke kelas

Murid-murid membeli di kantin pada waktu rehat


Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada semua warga SKTPP terutamanya kepada ahli Kumpulan F kerana berjaya mengawal disiplin murid-murid dengan baik. Alhamdulillah tiada kecederaan yang dilaporkan. Semoga warga SKTPP terus bersemangat untuk menyampaikan ilmu dan mendidik anak-anak murid untuk menjadi insan yang berjaya pada masa akan datang.


Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh;
Puan Nurazlin binti Mat Nor

No comments:

Post a Comment