Sunday, January 15, 2023

Laporan Guru Bertugas Minggu Ke-37 (Sesi Pagi)

Tarikh :  9 Januari 2023 - 13 Januari 2023

Hari : Isnin - Jumaat

Senarai nama guru bertugas :

1. Puan Norli Binti Hassan (K)
2. Puan Astina binti Mahad Nor (P)
3. Puan Norsiah binti Mohd Nor
4. Puan Nik Kamisah binti Mohd Aziz
5. Puan Shahrul Rozaina binti Jelani
6. Puan Juli binti Mahbah
7. Encik Zurilazman bin Abdullah
8. Encik Mohd Ishak Shairazi bin Mohd Sauzi
9. Encik Muhammad Fakhrul Hafiz bin Awang
10. Puan Siti Rabiaah binti Mohammad
11. Puan Norinna binti Mohamed
12. Cik Claudia Jaqueline Charles Nelson
13. Puan Azwani binti Mohamed Noordin@Noordin

Barisan guru-guru bertugas minggu ke-37 (sesi pagi)

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua warga SKTPP. 

Minggu ini adalah minggu ke-37 persekolahan sesi 2022/2023 di mana warga SKTPP hadir dengan penuh semangat. Lihatlah wajah-wajah ceria dan kesungguhan para guru, ibu bapa dan anak-anak semua yang bersemangat hadir ke sekolah pada awal pagi di kala mentari belum bersinar lagi. Foto-foto yang telah dirakam ini membuktikan tekad dan kesungguhan warga SKTPP sepanjang minggu ini.















Murid-murid dan guru-guru berkumpul di dataran sebelum perhimpunan dimulakan. Majlis perhimpunan rasmi mingguan dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana. Puan Azwani binti Mohamed Noordin@Noordin merupakan guru yang bertanggungjawab untuk mengendalikan majlis perhimpunan rasmi pada hari ini sebagai pengacara majlis perhimpunan. Cikgu Azwani juga berkongsi dengan warga SKTPP satu topik yang agak menarik iaitu "Cemerlang Dunia Akhirat". 

Topik ini dihuraikan dengan amat baik oleh Cikgu Azwani kerana topik ini amatlah penting bagi seseorang murid bagi menentukan matlamat dan tujuan mereka belajar. Topik ini juga telah memberi satu dimensi pandangan baru buat warga SKTPP bahawa penekanan ilmu bukanlah sekadar pada ilmu aqli (akademik) tetapi juga pada ilmu naqli (agama). Ilmu merupakan imbangan dan kayu ukur peribadi dan prestasi pelajar. Dengan ilmu seseorang itu akan berjaya di dunia dan juga akhirat. 


Cikgu Azwani sedang melafazkan ikrar Rukun Negara


Majlis diteruskan lagi dengan pembentangan laporan minggu lepas oleh Puan Mas Ayu binti Arifin, guru bertugas minggu lepas. 

Ustazah Mas Ayu sedang membentangkan laporan minggu lepas

Selain itu, satu demonstrasi seni bela diri taekwondo telah dipersembahkan dari kelab Koryo Tkd Club Mas pada penghujung majlis perhimpunan. Demonstrasi ini bertujuan untuk memperkenalkan seni bela diri taekwondo serta menarik penyertaan ramai dalam kalangan warga SKTPP menceburkan diri dalam sukan tersebut.

Atlet dari kelab Koryo Tkd sedang menunjukkan demonstrasi

Tidak hanya pada waktu pagi guru-guru bertugas tetapi juga pada waktu balik persekolahan. Guru-guru sangat komited bertugas walaupun di bawah terik mentari. Guru bertugas akan berada di laluan Patriotik, pagar A, pagar B, tangga UKM, tangga UUM, tangga UTM dan tangga USM bagi memastikan keselamatan serta disiplin murid terkawal. Inilah rutin harian dan usaha para guru dalam mewujudkan persekitaran sekolah selamat untuk semua warganya termasuklah murid-murid, guru-guru, pentadbir dan kakitangan sekolah. 

Waktu balik di Laluan Patriotik

Sekitar tangga UKM

Suasana di pagar B waktu balik

Keadaan di tangga UTM

Murid dalam keadaan terkawal di tangga USM

Murid mengekalkan disiplin di sekitar tangga UUM

Pada hari Selasa, SKTPP telah menerima satu lawatan dari Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) bagi tahun 2023. Pegawai PPS tersebut adalah Sarjan Norsabrina bt Mohd Ramli dan Koperal Mohd Fadhli bin Zul Ikram. Kunjungan pegawai ini telah disambut oleh PK HEM SKTPP, Datin Noraizah binti Dun. 

Datin Noraizah bersama dengan 2 orang PPS dari Balai Polis Putra Perdana

Selain itu, terdapat satu sesi fotografi bersama dengan murid-murid prasekolah SKTPP. Sesi fotografi ini menjadi saksi sejarah dan kehidupan dalam meraikan murid prasekolah yang akan meneruskan persekolahan ke Tahun Satu nanti. 

Guru Besar bersama dengan murid prasekolah dalam sesi fotografi


Pada hari Rabu pula telah berlangsungnya satu majlis yang cukup bermakna buat semua warga SKTPP iaitu Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih Cikgu Zabedah binti Othman (3 Disember 1990 - 11 Januari 2023). Majlis ini diadakan bersempena dengan persaraan Cikgu Zabedah yang kita kasihi. Setelah 18 tahun berkhidmat di sekolah ini (dari 1 Januari 2005 hingga 11 Januari 2023), akhirnya masa untuk beliau bersara telah tiba. Dengan itu kami warga SKTPP akan kehilangan orang yang banyak menabur bakti di sekolah ini. Selepas ini, kami tidak akan melihat lagi kelibatnya di sini dan tidak lagi mendengar suaranya kerana hari ini adalah perjalanannya yang terakhir untuk menamatkan kerjayanya sebagai seorang pendidik di sekolah ini. 

Ketibaan Cikgu Zabedah

Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Jadi hari ini, walaupun jasanya tidak minta dibalas, tetapi kita akan terus mengenang jasa beliau. Kami mendoakan agar Cikgu Zabedah sentiasa dalam lindungan Allah. 


Cikgu Zabedah menyampaikan ucapan terakhir beliau

Pelukan terakhir yang penuh syahdu

Pada hari Khamis pula satu rombongan lawatan dari prasekolah SKTPP ke G2G Animal Garden Maeps dan Kilang Coklat Beryl's. Lawatan ini merupakan satu pengalaman baru buat anak-anak prasekolah SKTPP. Betapa indahnya kita dapat melihat senyuman manis mereka saat bergembira semasa lawatan ini. Begitulah sikap dan santun para guru SKTPP dalam meraikan anak-anak prasekolah umpama melayan anaknya sendiri. Tidak ada seorang pun yang disisih atau diabaikan. Semoga kenangan yang tercipta ini akan dikenang anak-anak prasekolah sampai bila-bila. 

Barisan guru prasekolah yang sentiasa bersama anak prasekolah

Gambar kenangan di G2G Animal Garden Maeps

Secebis kenangan di Kilang Coklat Beryl's

Pada hari Jumaat telah diadakan satu majlis perpisahan Puan Elly Irna binti Mohd Daruri. Majlis ini bersempena dengan pertukaran Pembantu Tadbir SKTPP, Puan Elly ke SK Bestari Jaya, PPD Kuala Selangor mulai 16 Januari 2023. Walaupun singkat sahaja tempoh masa beliau berkhidmat kepada warga SKTPP tetapi disebabkan komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh Puan Elly serasa begitu lama kami mengenali Puan Elly. Sesungguhnya kami akan kehilangan sebutir lagi permata yang begitu rajin, cekap, baik hati dan sangat berdedikasi. Semoga Puan Elly sihat sentiasa, terus cemerlang di sekolah baru dan berbahagia di samping keluarga tercinta. Terima kasih kami ucapkan buat Pn. Elly yang banyak berjasa. 

Moga terus cemerlang di sekolah baru Puan Elly 

Alhamdulillah minggu ke-37 ditutup dengan lancar tanpa sebarang masalah besar atau kemalangan. Terdapat juga beberapa hal kecemasan serta masalah kesihatan yang dialami oleh murid-murid namun telah diuruskan dengan baik oleh para guru. Semoga SKTPP terus maju dalam segenap bidang. 

Disediakan oleh, 
Mohd Ishak Shairazi bin Mohd Sauzi 

No comments:

Post a Comment