Friday, January 6, 2023

Laporan Bertugas Minggu Ke-36 (Sesi Pagi)

Tarikh      : 4 - 6 Januari 2023
Minggu     : 36
Kumpulan  : 6 (Sesi pagi)

Guru-guru bertugas Kumpulan F: 
1.        Pn. Noorayuni Binti Ab. Fatah
2.        Pn. Nurliza Binti Abd Rahman
3.        Pn. Norbaizura Binti Nordin
4.        Pn. Noor Hayati binti Mohd Yusof
5.        Pn.  Fatin Huzaikka Binti Abdul Aziz
6.        Pn. Azlina binti Mat Isa
7.        Pn. Norziani binti Zubir
8.        Pn. Noor Hanawati Alinda Binti Abd Talib Puruji
9.        Pn. Mas Ayu binti Arifin
10.      En. Mohd  Rusydan  Bin Ismail

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua warga SKTPP.

Alhamdulillah, selamat kembali ke sekolah buat semua murid dan guru SKTPP setelah bercuti selama 3 minggu. Minggu ini merupakan penggal 3 persekolahan sesi 2022/2023 yang bermula pada hari Selasa, 3 Jan 2023. Hari Isnin merupakan cuti sempena Tahun Baharu. Maka tiada perhimpunan dijalankan pada minggu ini.

Murid-murid hadir ke sekolah seperti biasa dengan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Alhamdulillah sesi persekolahan pada minggu ini berjalan dengan baik.

Pada hari Rabu hingga Jumaat (4 - 6 Januari 2023), murid-murid Tahun 4, 5 dan 6 menduduki Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) 2022/2023. Semoga murid-murid dapat menjawab soalan dengan tenang dan sempurna.

Berikut merupakan gambar-gambar sepanjang minggu ke-36 :



Kehadiran murid melalui pagar A dan B


Gambar sepanjang Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA)..




Terima kasih di atas kerjasama semua guru terutama guru yang bertugas pada minggu ini bagi memastikan kawalan dan disiplin murid terkawal. Selamat menduduki Ujian Akhir bagi semua murid SKTPP. Semoga beroleh kejayaan cemerlang.



Disediakan oleh:
Norbaizura Nordin

No comments:

Post a Comment