Friday, January 27, 2023

Laporan Bertugas Minggu Ke-39 (Sesi Pagi)


Tarikh    : 23 Januari 2023 hingga 27 Januari 2023

Hari       : Isnin hingga Jumaat

Masa     : 7.00 pagi hingga 1.30 petang

Senarai nama guru bertugas :

1.Rosmizawati Binti Yusuf (K)

2.Syed Farhan Hanafi Bin Syed Abdullah (P)

3.Faridatul-Akmal Binti Ismail

4.Junaidah Binti Rus

5.Jamunarani a/p Bhoja Rajan

6.Siti Fatimah Binti Wan Yaacob

7.Mohd Azarul Bin Mohd Mokhtar

8.Nur Murni Binti Abdullah

9.Nurul Iman Binti IIIyas 

10.Ahmad Musrizuan Bin Daud

11.Mazzaini Binti Muda

12.Muhammad Afiq Bin Azli


Minggu persekolahan minggu ke-39 telah kembali bersemarak. Guru-guru bertugas Kumpulan C menjalankan tugas sepanjang minggu ini dengan lancar. Pada minggu ini, sesi persekolahan bermula pada hari Rabu memandangkan hari Isnin dan Selasa merupakan cuti perayaan bagi semua warga sekolah bersempena Tahun Baru Cina. 


Berikut dilampirkan suasana persekolahan pada minggu ini :


1. Program Sinar Nurani

Sesi persekolahan yang bermula pada hari Rabu dimulakan dengan program 'Sinar Nurani' bawah anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling SKTPP. Program ini berlangsung di Bilik Muzik dengan penglibatan  murid-murid yang terpilih sahaja.













2. Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) Tahun 2023


Hari       :  Khamis

Tarikh    :  26 Januari 2023

Masa     : 12.30 tengah hari - 2.00 petang

Tempat  :  Dewan Perdana SKTPP


Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) Tahun 2023 telah berjalan lancar. Terima kasih kepada  guru-guru dan ibu bapa yang bekerjasama samada  secara langsung maulun tidak lqngsung dalam menjayakan program ini.













3. Majlis Khatam Al-Quran Tahun 6 Sesi 2022/23


Majlis Khatam Al-Quran Tahun 6 peringkat sekolah telah dilaksanakan oleh Panitia Pendidikan Islam pada hari Jumaat; 27 Januari 2023. Pelaksanaan majlis ini bertujuan untuk meneruskan budaya cinta Al-Quran dalam kalangan generasi muda khususnya murid-murid SKTPP disamping itu untuk meraikan kejayaan murid-murid yang telah berjaya menghabiskan bacaan Al-Quran sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.















4. Majlis Jalinan Kasih (Jamuan Akhir Tahun KKGK SKTPP Tahun 2022/2023)


Majlis Jalinan Kasih, KKGK 2022/2023 berjalan dengan lancar dan meriah sekali. Jutaan terima kasih kepada AJK Pelaksana yang telah bertungkus-lumus mengurus dan menyumbang tenaga serta idea bagi menjayakan majlis tersebut.Terima kasih kepada semua guru, staf & YDP serta NYDP PIBG yang hadir pada majlis ini. Terima kasih juga buat semua yang menyumbang hadiah & kewangan.














Sekalung tahniah dan terima kasih juga atas kerjasama dan komitmen yang ditunjukkan oleh guru-guru bertugas sepanjang minggu ini. Tidak dilupakan juga buat semua warga sekolah yang turut  sama berganding bahu dalam menjayakan semua aktiviti yang telah dirancang secara langsung mahupun tidak langsung. Semoga SKTPP terus cemerlang dalam segala program dan aktiviti yang disertai.

Sekian, terima kasih.

 Disediakan oleh : Pn. Jamunarani & Pn. Siti Fatimah

No comments:

Post a Comment