Friday, January 27, 2023

Program Israk Mikraj Tahap 1

         Sebagai manusia biasa, tidak terlintas di fikiran bahawa apakah mungkin manusia boleh naik ke langit dan bagaimanakah keadaanya semasa itu? Namun, atas kehendak yang Maha Esa semuanya boleh berlaku lebih-lebih lagi kepada kekasih-Nya Nabi Muhammad sollallahu 'alaihi wasallam. Peristiwa ini dinamakan sebagai Israk dan Mikraj yang berlaku pada 27 Rejab Tahun ke-10 Kerasulan bersamaan tahun 621 Masihi. 

        Peristiwa ini umpama hadiah untuk baginda selepas berlalunya Tahun Dukacita iaitu selepas kewafatan bapa saudara Nabi, Abu Talib dan isteri kesayangan baginda, Saidatina Khadijah. Israk bermaksud perjalanan Rasulullah SAW dari Masjid al-Haram menuju ke Masjid al-Aqsa. Manakala Mikraj pula perjalanan baginda naik ke Sidratul Muntaha untuk bertemu Allah SWT.

        Rasulullah SAW diangkat melepasi langit ke-7 dengan menaiki binatang tunggangan bernama buraq dan ditemani oleh malaikat Jibril hanya pada satu malam sahaja. Banyak peristiwa yang diperlihatkan kepada baginda semasa melalui langit demi langit namun peristiwa terbesar ialah perintah solat oleh Allah SWT di Sidratul Muntaha.

        Tarikh 27 Rejab 1444 Hijrah bersamaan hari Sabtu, 18 Februari 2023. Oleh itu, Panitia Pendidikan Islam telah mengadakan program awal yang ringkas untuk murd-murid bagi mengingati peristiwa sejarah besar dalam Islam ini. Berikut adalah butiran program:-

    Program Israk Mikraj SK Taman Putra Perdana 2023 Sesi Petang

    Tarikh          : 27 Januari 2023 (Jumaat)

    Tempat        : Kelas masing-masing

    Perjalanan program:-

    Tahun 1&3 : 3.20 - 4.20 ptg

    Tahun 2: 2.30 - 3.30 ptg

    Aktiviti Program:-

  • Pertandingan Mewarna untuk pra sekolah dan Tahun 1.
  • Pertandingan Kuiz Silang Kata Tahun 2.
  • Pertandingan Jawiku Hebat Tahun 3.


Seterusnya, dikongsikan gambar-gambar sepanjang aktiviti berlangsung. Terima kasih kepada semua guru yang terlibat secara langsung atau tidak dan tahniah kepada semua murid kerana berjaya menyertai aktiviti yang disediakan hingga ke akhirnya. 
























Antara wajah-wajah pemenang yang dapat dirakam. Tahniah!










Disediakan oleh,
Nur Azizati binti Ahmad
Norazah binti Mohd Ali

No comments:

Post a Comment