Tuesday, April 18, 2023

Laporan Bertugas Minggu Ke-5 (Sesi Pagi)

Tarikh    : 17 & 18 April 2023

Hari        : Isnin & Selasa

Kumpulan Bertugas  : Kumpulan E

Tema warna               : Merah


Gambar ahli kumpulan E

Dari kiri : Ustaz Mustafid, Ustaz Zairuddin , Cikgu Noriza, Cikgu Norliza, Cikgu Nor Hayati, Cikgu Julaili, Cikgu Nur Zakiah, Cikgu Hanifah, Ustazah Syahirah dan Ustazah Mawaddah.

Perhimpunan mingguan telah diadakan seperti biasa di Dewan Perdana. Murid berkumpul di dewan dan beratur mengikut kelas dan tempat yang telah ditetapkan. Pengacara majlis yang bertanggungjawab mengemudikan majlis perhimpunan ialah Ustaz Mustafid. 

Seperti kebiasaannya, tiga buah lagu dinyanyikan oleh warga sekolah iaitu lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu Sekolah. Majlis diteruskan dengan bacaan doa, bacaan ikrar Rukun Negara, Ikrar Keselamatan Jalan Raya serta ikrar murid.

        Seterusnya ialah laporan guru bertugas yang disampaikan oleh Cikgu Zailezah. Beliau melaporkan tentang kebersihan di dalam kelas yang memuaskan. Berkaitan dengan lencana dan tanda nama pula, masih terdapat murid yang belum menjahitnya pada pakaian mereka. Murid diingatkan sekali lagi agar menjahit lencana serta tanda nama pada pakaian sekolah. 

     Bukan itu sahaja, Cikgu Zailezah juga mengingatkan sekali lagi kepada murid tentang peraturan pemakaian baju semasa ke sekolah iaitu memakai baju unit beruniform yang lengkap pada hari Isnin minggu ketiga, manakala baju t-shirt unit beruniform dipakai pada hari Rabu.

      Majlis perhimpunan diteruskan dengan ucapan oleh guru bertugas iaitu Ustaz Mustafid. Ustaz Mustafid menyampaikan penerangan berkaitan tema minggu ini iaitu kehadiran/ponteng. Ustaz memberikan peringatan kepada murid-murid agar sentiasa hadir ke sekolah. Jangan buat pelbagai alasan untuk tidak hadir ke sekolah. Jika tidak sihat dan tidak boleh hadir ke sekolah, boleh beritahu kepada guru kelas lebih awal dan menyediakan surat sebab tidak hadir ke sekolah. 

    Ustaz juga mengingatkan kepada murid agar datang ke sekolah dengan rasa gembira dan ceria untuk menuntut ilmu. Selain itu, ustaz juga menitipkan pesanan agar menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh guru-guru.

Perkataan lawad pada minggu ini adalah seperti berikut :

Bahasa Melayu  : Angkat muka (tidak takut)

Bahasa Inggeris : Routine (rutin)

Bahasa Arab      : Ihtifalun (Sambutan)

    Seterusnya, Penolong Kanan PPKI iaitu Ustaz Asrulafandi bin Ismail pula menyampaikan ucapannya. Beliau memberi peringatan kepada murid untuk menjaga keselamatan semasa berada di sekolah. Ia berikutan peristiwa ribut yang telah menyebabkan beberapa tempat di sekolah mengalami kerosakan. Beliau juga mengingatkan murid agar sentiasa menjaga kebersihan diri serta mematuhi peraturan dan disiplin sekolah.

        Majlis seterusnya diambil alih oleh Cikgu Noor Hayati iaitu Cikgu dari kelas PPKI untuk Program Sebakul Kasih Seikhlas Hati sempena bulan Ramadan yang mulia. Program ini dianjurkan bagi memberi bantuan berbentuk barang makanan kepada murid yang kurang berkemampuan. Berikut disertakan gambar semasa penyampaian barangan makanan kepada murid-murid yang terpilih.

Majlis penyampaian bakul makanan sempena Program Sebakul Kasih Seikhlas Hati


Murid-murid datang ke sekolah

Murid-murid pulang dari sekolah

Pada hari Selasa pula diadakan majlis Sekalis Ramadan Sesuci Lebaran. Majlis ini diadakan untuk bersalam-salaman dan bermaaf-maafan antara guru dengan murid. Dalam ucapan Guru Besar mengingatkan agar murid-murid sentiasa meneruskan amalan baik yang dibuat semasa bulan Ramadan seperti bersedekah dan tadarus al-Quran. Amalan-amalan ini tidak sepatutnya hilang apabila Ramadan berlalu pergi. Di samping itu, murid perlulah sentiasa memohon maaf kepada guru-guru jika ada membuat kesalahan dan kesilapan.

Majlis berjalan lancar dengan bantuan dan kerjasama warga sekolah.

Berikut disertakan gambar semasa majlis berlangsung.

Gambar memohon kemaafan murid dengan guru

Sebelum majlis berakhir, guru lelaki mengambil peluang membuat rakaman takbir raya. Mari saksikan rakaman video dalam pautan di bawah :

https://www.youtube.com/watch?v=mruVtZTArFU

Guru-guru bergambar sebelum sekolah bercuti sempena Hari Raya Aidilfitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin, dan selamat bercuti buat semua murid, ibu bapa dan warga sekolah

No comments:

Post a Comment