Friday, April 7, 2023

Majlis Sambutan Nuzul Al Quran 2023M/1444H (Sesi Petang)

Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat Al-Quran yang pertama kepada Nabi Muhammad hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab Al-Quran pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan di Gua Hira’. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau pindah dari atas ke bawah manakala "Al-Quran" adalah kalam Allah yang suci. Ia merupakan satu mukjizat yang memberi makna terlalu besar kepada umat Islam. 

Bagi memperingati peristiwa penurunan Al-Quran, maka sambutan Nuzul Al-Quran dilaksanakan setiap tahun. Pada tahun ini, Panitia Pendidikan Islam telah menjemput penceramah iaitu Ustaz Zairuddin Bin Mohamad kelsom bagi menyerikan lagi majlis ini. 

Objektif : 

  1.  Mengingati dan menghayati Hari Nuzul Al-Quran. 
  2.  Memupuk minat membaca dan mengamalkan isi Al-Quran.
  3.  Menghayati keagungan dan kebesaran Allah dengan pembacaan ayat-ayat suci Al-Quran

Butiran Program : 

  • Tarikh   : 7 April 2023 
  • Hari      : Jumaat 
  • Masa    : 3.00 Petang hingga 4.30 Petang 
  • Tempat : Dewan Perdana SK Taman Putra Perdana

Gambar-gambar sepanjang Program Sambutan Nuzul Al-Quran:

Ustaz Hadri sebagai pengacara majlis

Doa dibacakan oleh Ustaz Hafiz sebelum program bermula

Ceramah disampaikan oleh Ustaz Zairuddin Bin Mohamad Kelsom

Tayangan video

Soal jawab kuiz berkaitan Nuzul Al-Quran

Penyampaian hadiah oleh ustazah Hastipa kepada pemenang kuiz

Penyampaian cenderahati oleh Penyelaras Program, Ustazah Halijah kepada penceramah

Sebahagian guru-guru yang menjayakan majlis


Aktiviti mewarna sempena Sambutan Nuzul Al-Quran


Disediakan oleh;
Ustazah Farhana binti Mohammad Fuzi

No comments:

Post a Comment