Saturday, April 8, 2023

Program Transisi Tahun 1 : Minggu Ketiga (3 - 7 April 2023)

 

Program Transisi Tahun Satu bagi Sesi Akademik 2023/2024 merupakan satu program yang dirangka untuk menyediakan murid menghadapi perubahan, menyesuaikan diri dan membina keyakinan diri mereka di sekolah rendah. Program ini dirangka dengan mengambil kira kandungan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dengan penekanan terhadap aspek sosioemosi, kognitif dan fizikal murid. Program ini diharapkan dapat membantu murid daripada pelbagai latar belakang, pengalaman pembelajaran dan perkembangan sosioemosi untuk memulakan proses pembelajaran di Tahun Satu.

Pada minggu ketiga, program ini sudah memasuki Fasa Kesediaan yang dilaksanakan selama dua minggu mengikut jadual waktu Tahun Satu. Dalam fasa ini, murid-murid didedahkan dengan PdP mengikut sistem pembelajaran arus perdana seperti mana murid-murid Tahun 2 hingga Tahun 6. Murid-murid belajar mengikut kandungan Buku Aktiviti Transisi yang dibekalkan pada setiap murid. Pada minggu ini juga, terdapat Ujian Pentaksiran Transisi Tahun 1. Pentaksiran ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.

Gambar aktiviti-aktiviti sepanjang minggu ketiga:-




Semoga perjalanan Transisi Tahun 1 pada tahun ini berjalan lancar dan berjaya mencapai sasaran dan objektif yang telah ditetapkan.

No comments:

Post a Comment