Thursday, April 13, 2023

Majlis Penyampaian Watikan Pelantikan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber Sekolah dan Pembimbing Rakan Sebaya 2023 (Sesi Petang)

Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber Sekolah dan Pembimbing Rakan Sebaya bagi sesi 2023/2024 telah berlangsung pada Khamis, 13 April di Dewan Perdana, SK Taman Putra Perdana.

    Majlis ini telah disempurnakan oleh Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali, Guru Besar SK Taman Putra Perdana. Beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua murid yang telah dilantik dan berpesan agar mereka dapat menjalankan amanah yang diberi dengan baik dan menjadi contoh terbaik bagi murid-murid yang lain.

Berikut merupakan gambar -gambar yang telah dirakam sepanjang majlis berlangsung:





























Barisan Pengawas sekolah mengangkat ikrar aku janji dan gambar kenangan bersama barisan pentadbir dan guru-guru pengawas

 



Barisan Pengawas Pusat Sumber sekolah mengangkat ikrar aku janji dan gambar kenangan bersama barisan pentadbir dan guru-guru pengawas


Barisan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) mengangkat ikrar aku janji dan gambar kenangan bersama barisan pentadbir dan guru-guru PRS

Akhir kata penutup bicara, pesanan buat bakal pemimpin negara;

Sudah bebas tanah jajahan, 
Rakyat rajin menabur jasa,
Menjadi pengawas satu latihan,
Boleh memimpin apabila dewasa.

Tumbuh berderet keladi bunting,
Banyak di parit ditebas-tebaskan,
Ketua murid jawatan penting,
Contoh yang baik teman dan rakan.

Daun kemangi dan lada sulah,
Diracik kecil ramuan masakan,
Sudah menjadi pemimpin sekolah,
Bersikap adil sebarang tindakan.

Bunga telang tidak berpara,
Semut meniti di atas tunggul,
Murid cemerlang warisan negara,
Semoga jadi pemimpin unggul.

Bunga-bungaan harum menawan,
Dipetik budak di tanah pusaka,
Jaga hubungan bersama kawan,
Bila bertindak hormati mereka.


Semoga barisan pemimpin sekolah yang telah dilantik dapat memikul tanggungjawab dengan sebaiknya. Tahniah dan syabas buat semua! 

No comments:

Post a Comment