Monday, April 3, 2023

Pelancaran Program Guru Penyayang 2023





Pelaksanaan amalan guru penyayang bertujuan agar setiap guru  membudayakan sikap kasih sayang di sekolah.  Guru penyayang membawa maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi, mengasihi dan bersifat belas kasihan serta menghormati orang lain.  Ini bermakna Guru Penyayang seharusnya menjiwai bahawa murid adalah aset yang perlu diberi perhatian, dijaga, dibimbing, dihargai kewujudannya dan disayangi setiap masa.
Penyayang membawa maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi, mengasihi, dan bersifat belas kasihan serta menghormati orang lain.  

Pelancaran program ini di SK Taman Putra Perdana dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mustafid pada sesi pagi dan Sir Saifullah pada sesi petang.  

Di dalam ucapan perasmiannya, guru besar SK Taman Putra Perdana, Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali memberi pesanan dan kata-kata semangat kepada murid-murid supaya terus bersemangat untuk ke sekolah.  Beliau juga menerangkan mengenai beberapa aktiviti yang telah dirancang oleh unit Bimbingan dan Kaunseling untuk progam guru penyayang ini.  Antara aktiviti-aktivitinya ialah:

1.0  Aktiviti Mengalu-alukan Kedatangan Murid
a. Semasa murid memulakan sesi persekolahan baru
b. Semasa murid datang ke sekolah/pulang dari sekolah

Kaedah:
a.  Menyambut kedatangan murid;
b. Penampilan guru yang kemas dan ceria
c. Bersikap mesra, berbudi bahasa dan menghormati murid
d. Ambil berat, prihatin dan sabar menyambut murid
e. Bertanya khabar

2.0  Aktiviti Mentor Mentee
Tujuan:
i. Membangunkan sahsiah diri murid
ii. Membina jati diri murid

Kaedah:
a. Perjumpaan sekurang kurangnya dua kali sebulan
b. Menyemak dan prihatin latar belakang mentee
c. Membimbing mentee mengatasi masalah

3.0  Aktiviti Ziarah Cakna
Tujuan:
i. Membantu menyelesaikan masalah murid.

Kaedah:
a. Lawatan atau ziarah ke rumah murid yang ditimpa musibah (kematian ahli keluarga, kemalangan dsb)
b. Lawatan ke rumah murid yang sering tidak hadir ke sekolah

4.0  Sambutan Hari Lahir
Tujuan:
i. Mennghargai dan meraikan murid
ii. Menaikkan keterujaan murid untuk ke sekolah

Kaedah:
a. Menyanyikan lagu ulangtahun kelahiran di perhimpunan rasmi pada setiap bulan.
b. Upacara memotong kek
c. Pemberian cenderamata 


Seterusnya, guru besar menyempurnakan perasmian program Guru Penyayang dengan menurunkan bunting.  Tepukan dan sorakan dari murid-murid SK Taman Putra Perdana yang jelas begitu teruja dengan program ini.

Kita saksikan corat coret pelancaran program Guru Penyayang ini.

Pengacara Majlis


Bacaan doa

Ucapan Perasmian



Banner dan bunting program

Wakil Pra Sekolah Sesi Petang


Wakil Pra Sekolah Sesi Pagi

Penyelaras Tahun 1


Penyelaras Tahun 2
Penyelaras Tahun 3
Penyelaras Tahun 4

Penyelaras Tahun 5
Wakil Penyelaras Tahun 6


Wakil PPKI

Barisan pentadbir, penyelaras tahun dan wakil




Murid-murid teruja mendengar penerangan

Barisan guru


Video gimik pelancaran









No comments:

Post a Comment