Tuesday, April 4, 2023

Mesyuarat Bersama Ahli Majlis Zon Putra Perdana

Mesyuarat Perbincangan Penambahbaikan Laluan Kenderaan Penghantar Murid-Murid Sekolah di Hadapan SMKPP, SKTPP, SKTPP2 dan SRA TPP telah diadalan pada 4 April 2023 (Selasa) bertempat di Pejabat Ahli Majlis Zon Putra Perdana, Dewan Komuniti Putra Perdana.. Terima kasih Tn. Naharanuar selaku Ahli Majlis Zon Putra Perdana atas inisiatif mengadakan sesi ini. Terima kasih NYDP PIBG SKTPP; Pn. Normawati , AJK PIBG; Tn. Hj. Megat dan En. Kamarul Badlishah sudi hadir bersama Guru Besar dan PK HEM memberi pandangan dan sokongan. Semoga pihak Majlis Perbandaran Sepang dapat membantu sekolah-sekolah sekitar Taman Putra Perdana (TPP) ini dalam mengurang dan menyelesaikan masalah kesesakan jalan raya di sekolah kita demi keselesaan ibu bapa dan penduduk di TPP ini. Dengan ini diharapkan juga tahap keselamatan murid-murid akan lebih terjamin..








No comments:

Post a Comment