Friday, April 7, 2023

Majlis Sambutan Nuzul Al Quran 2023M/1444H (Sesi Pagi)

Pada bulan yang mulia ini, Allah S.W.T menurunkan Al Quran kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W secara berperingkat. Al Quran mulai diturunkan pada 17 Ramadan selama 23 tahun. Bagi memperingati peristiwa penurunan Al Quran, maka sambutan Nuzul Quran dibuat setiap tahun. Pada tahun ini pihak Panitia Pendidikan Islam telah menjemput penceramah iaitu Ustaz Idzhar Bin Jumali bagi menyerikan lagi majlis ini. 

Objektif :

1. Mengingati dan menghayati Hari Nuzul Quran.
2. Memupuk minat membaca dan mengamalkan isi Al Quran.
3. Menghayati keagungan dan kebesaran Allah S.W.T melalui aktiviti tayangan video, ceramah dan kuiz.

Butir-butir Program :
Tarikh : 7 April 2023
Hari     :  Jumaat
Masa   :  10.00 pagi hingga 11.30 pagi
Tempat:  Dewan Perdana SK Taman Putra Perdana
Sasaran: Warga sekolah SKTPP

Gambar-gambar sepanjang program tersebut :

Kain rentang Program Nuzul Quran

Buku program

Ustaz Syed Farhan sebagai pengacara majlis

Ustaz Ahmad Mustafid membaca doa sebelum program bermula.

Barisan pentadbir bersama penceramah jemputan

Tayangan video

Soal jawab kuiz berkaitan Nuzul Quran

Penyampaian hadiah oleh Pn Azizah Mokhlas kepada pemenang kuiz

Penceramah Ustaz Idzhar bin Jumali menyampaikan ceramah.

                Penyampaian cenderahati oleh Guru besar, Pn Rohaidah binti Mohd Ali kepada penceramah

Sebahagian guru sesi pagi dan barisan pentadbir bergambar bersama penceramah jemputan

Sebahagian guru Panitia Pendidikan Islam sesi pagi dan barisan pentadbir bergambar bersama penceramah jemputan

No comments:

Post a Comment