Saturday, April 14, 2018

Bengkel Teknik Menjawab Matematik UPSR 2018

Jawatankuasa Kecemerlangan UPSR 2018 dan Panitia Matematik telah berjaya mengadakan Bengkel Teknik Menjawab bagi mengisi slot kelas tambahan pada Sabtu, 14  yang lebih kepada kandunganApril 2018.  Program ini diadakan di Dewan Perdana SKTPP bermula jam 8.00 pagi sehingga 12.20 tengah hari.  Penceramah yang berpengalaman dalam bidang penandaan  kertas serta pengubalan soalan UPSR telah dijemput bagi mengendalikan program ini.

Sasaran utama program tersebut adalah calon-calon UPSR 2018 yang dipecahkan kepada dua kumpulan.  Kumpulan 1 terdiri daripada murid-murid dari kelas Surgeri, Respiratori, Radiologi dan Pediatrik.  Manakala kumpulan 2 terdiri daripada murid-murid dari kelas Patologi, Ortopedik, Obstetrik, Kardiologi, Hematologi dan Anestesiologi.

Objektif utama program ini ialah untuk mendedahkan murid-murid teknik menjawab soalan UPSR mengikut format peperiksaan sebenar serta mengisi masa hujung minggu murid dengan aktiviti yang berfaedah.

Murid-murid telah dibekalkan dengan modul bengkel yang disediakan oleh penceramah jemputan, Encik Saiful Anuar bin Haji Basran.  Modul ini membantu murid-murid semasa pengendalian bengkel agar mereka dapat memberi tumpuan yang lebih kepada isi kandungan yang disampaikan oleh penceramah.

En. Saiful Anuar bin Haji Basran sebagai penceramah jemputan




Murid diberi peluang untuk menjawab soalan contoh







Murid seronok dan tekun mendengar sepanjang program

Pihak guru SKTPP amnya dan guru-guru tahun 6 khasnya amat berharap murid-murid dapat mengaplikasikan segala teknik yang disampaikan sepanjang bengkel berlangsung seterusnya dapat meraih kecemerlangan dalam peperiksaan UPSR kelak.

No comments:

Post a Comment