Monday, April 30, 2018

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-17 (Sesi Pagi)

Tarikh: 30 April 2018
Hari: Isnin
Masa: 7.30 pagi
Tempat: Dataran Perhimpunan
Pengacara Majlis: Adik Reeshmenraj a/l Jaiganesh (6 Surgeri)

Senarai Guru Bertugas:
1. Cik Roslinda bt Mansor
2. Puan Nurliza bt Ab Rahman
3. Encik Mahadir bin Midun
4. Puan Noriza bt Md Nor
5. Cik Mawaddah bt Kamarulzaman
6. Puan Norasmawati bt Omar
7. Puan Rafidah bt Salleh
8. Puan Juli bt Mahbah
9. Puan Faridatul Aini bt Alias
10. Cik Syahirah bt Tumar

Barisan guru bertugas minggu ke-17
Agenda Perhimpunan:

1. Nyanyian, Bacaan Doa dan Ikrar
  • Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Selangor, Lagu Sekolah dan Lagu Aku Negaraku. Rangkaian 4 buah lagu ini di bawah pimpinan Adik Abby Nurul Elyana bt Yahaya (5 Kompang).
  • Bacaan Doa oleh Adik Muhammad Nashrul Hafiz bin Shaifuddean
  • Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya oleh Puan Noriza bt Md Nor
  • Bacaan Ikrar Murid oleh Adik Nurin 'Adlina bt Hassan (6 Surgeri)


2. Laporan guru bertugas minggu lepas (23.4.2018 - 27.4.2018)

Puan Rosmizawati bt Yusub
Laporan disampaikan oleh Puan Rosmizawati bt Yusub
  • Semua murid perlu lebih menjaga disiplin masing-masing supaya tidak berlari di hadapan koridor kelas.
  • Semua murid perlu jadikan sekolah sebagai rumah kedua dan perlu menjaga kebersihan. Murid-murid tidak dibenarkan membuang sampah di merata tempat seperti kelas, kantin serta kawasan sekitar sekolah.
  • Murid-murid dinasihatkan mengemas barang di atas meja masing-masing sebelum keluar dari kelas. Tujuannya untuk elakkan alatan atau barang dari dicuri. Murid-murid juga perlu menutup suis kipas dan lampu sebelum keluar kelas supaya dapat menjimatkan elektrik.
Pengumuman kelas terbersih:
Tahun 4:
Johan - Vanadium
Naib Johan - Titanium
Tempat Ketiga - Elektrum

Tahun 5:
Johan - Nafiri
Naib Johan - Kompang
Tempat Ketiga - Canang

Tahun 6:
Johan - Respiratori
Naib Johan - Radiologi
Tempat Ketiga - Surgeri

Kelas PPKI:
Johan - Soccer
Naib Johan - Cricket
Tempat Ketiga - Archery

Penyampaian hadiah keceriaan kelas kepada ketua kelas
3. Ucapan guru bertugas minggu ini (30.42018 - 4.5.2018) oleh Puan Noriza bt Md Nor.

Puan Noriza bt Md Nor
Tema: Jauhi Budaya Buli
Definisi Buli:
  • Menurut Wikipedia Bahasa Melayu, 'buli' bermaksud perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan atau maksud untuk menunjukkan kekuatan masing-masing.
  • Menurut suatu kajian Australia, "Bullying is commonly defined as a form of aggressive behaviour in which there is an imbalance of power favouring the perpetrator."
  • Tingkah laku agresif sama ada fizikal atau psikologikal yang dilakukan secara berulang kali ke atas mangsa dan ia bertujuan mendatangkan perasaan tidak senonoh - Noran Fauziah Yaakub (2006)
Jenis-jenis Buli:
  • Buli Fizikal - pukul, tendang, tampar ...
  • Buli Bahasa - gelar nama, ketawa ...
  • Buli Isyarat - tunjuk penumbuk, goyang punggung, jeling mata ...
  • Peras ugut - minta wang, ambil makanan, gosok pakaian ...
  • Buli Perhubungan - pulau, fitnah, mengumpat ..
Perkataan LAWAD.
  • Bahasa Malaysia: Wartawan - orang yang menulis berita
  • Bahasa Inggeris: Routine - rutin
  • Bahasa Arab: Zaidun - tambah
4. Majlis Penyampaian Sijil Perkhemahan Puteri Rendah, Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) dan Bengkel Penulisan Buku Log PPIM
Pengacara: Cik Syahirah bt Tumar

Cik Syahirah bt Tumar
Penyampaian sijil disempurnakan oleh Puan Hajah Rohaidah bt Mohd Ali, Guru Besar SK Taman Putra Perdana.
Makluman mengenai Perkhemahan Puteri Rendah PPIM Peringkat Daerah Sepang:
Tarikh: 11 hingga 13 April 2018
Tempat: Kem Laman Nur Bestari, Ulu Yam, Selangor.
Nama peserta SKTPP:
i. Aleeya Hazeeqa bt Hasby
ii. Nurin 'Adlina bt Hassan - 6 Surgeri
iii. Syafia Jasmine bt Shahrulnizam
iv. Nur Zakia Amni bt Mohd Azmi
v. Madihah Aishah bt Mahadir - 6 Surgeri
Pencapaian:
Tempat ke-4 dalam pertandingan pertukangan gadget

Penyampaian sijil kepada peserta perkhemahan PPIM
Makluman mengenai Bengkel Penulisan Buku Log PPIM:
Tarikh: 4 April 2018
Tempat: SK Kota Warisan
Nama peserta SKTPP:
i. Farah Adlina bt Mohd Razif
ii. Wardah Syuhada bt Mohd Azim
iii. Nurin Haziqah bt Azlee

Penyampaian hadiah kepada peserta Bengkel Penulisan Buku Log PPIM
Sijil Penyertaan peserta
5. Majlis Penyampaian Sijil dan Hadiah Perkhemahan Integrasi Unit Beruniform Peringkat Kebangsaan 2018
Pengacara: Pn Astina bt Mahad Nor

Puan Astina bt Mahad Nor
Penyampaian sijil disempurnakan oleh Puan Hajah Rohaidah bt Mohd Ali, Guru Besar SK Taman Putra Perdana.
Makluman mengenai Perkhemahan Integrasi Unit Beruniform Peringkat Kebangsaan 2018:
Tarikh: 27 hingga 29 Mac 2018
Tempat: PLKN Srikandi, Teluk Nipah, Kedah.
Nama peserta SKTPP:
i. Ahmad Irfan Zuhdi bin Muhd Zukhairi
ii. Ameer Yusouf bin Fauzi
iii. Muhammad Nur Amir Al-Hafiz bin Nor Azmi
iv. Muhammad Raif bin Rahmat
v. Muhammad 'Abqari bin Jamaluddin
vi. Mohd Syafiq Ahnaf bin Mohd Kamarol Hisham
Pencapaian: Anugerah Gangsa

Penyampaian sijil dan hadiah kepada peserta Perkhemahan Integrasi
Unit Beruniform Peringkat Kebangsaan 2018
Sijil dan hadiah peserta  perkhemahan
6. Majlis Penyampaian Sijil dan Hadiah Karnival Bahasa Inggeris, Pertandingan Story Telling Peringkat Daerah Sepang
Pengacara: Pn Grace a/p Danaraj
Penyampaian sijil dan hadiah disempurnakan oleh Puan Hajah Rohaidah bt Mohd Ali, Guru Besar SK Taman Putra Perdana.
Tarikh: 28 April  2018
Tempat: SK Kota Warisan
Nama peserta SKTPP:
Reeshmenraj a/l Jaiganesh
Pencapaian: Naib Johan
Jurulatih: Pn Azura bt Mustafa

Tahniah Reeshmenraj..memperolehi Naib Johan - Story Telling
Sijil dan hadiah Naib Johan
7. Majlis Penyampaian Hadiah Kecemerlangan PKSR 1 kepada murid-murid Tahun 6
Pengacara: Pn Juli bt Mahbah
Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Puan Hajah Rohaidah bt Mohd Ali, Guru Besar SK Taman Putra Perdana.
Senarai nama murid Tahun 6 yang memperolehi keputusan 6A dan 5A 1B dalam PKSR 1 2018:
i. Zarif Hilman bin Mohd Hazril (6 Surgeri) - 6A
ii. Iean Hamzah bin Hamizan (6 Surgeri) - 5 A 1B
iii. Nur Afiah Safiya bt Yusnizam (6 Surgeri) - 5A 1B
iv. Muhamad Zulkhairi bin Zulbakri (6 Surgeri) - 5A 1B
v. Izzat Izzedin bin Sani (6 Surgeri) - 5A 1B
vi. Hanna Safea bt Rashid (6 Surgeri) - 5A 1B
vii. Daim Firnas bin Sahar (6 Surgeri) - 5A 1B
Penyampaian hadiah kepada murid-murid cemerlang

Bergambar kenangan barisan murid cemerlang PKSR 1  bersama Guru Besar,
Penolong Kanan Kurikulum, Penyelaras Tahun 6  dan  Guru BnK
8. Ucapan Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas (Puan Norhamizah bt Hamzah)

Pn Norhamizah bt Hamzah
  • Terdapat beberapa program akan dilaksanakan pada minggu ini. Antaranya Kejohanan Kriket MSSD Sepang pada 2 hingga 3 Mei 2018, Pertandingan Kawad Kaki Unit Beruniform pada 2 Mei 2018 dan Program Motivasi Tahun 5 pada 3 Mei 2018.
  • Setiap kali hari Rabu sebelum waktu kokurikulum (1.20 hingga 2.00 petang), semua murid lelaki muslim perlu berada di Dewan Taman untuk solat Zohor. Manakala murid perempuan solat Zohor di surau. Murid-murid PPKI perlu berada dan solat Zohor di bilik khas yang disediakan di bangunan PPKI.
Gambar-gambar lain yang sempat dirakamkan:

Suasana murid sedang menyanyikan Lagu Negaraku dan
murid mencatat perkataan LAWAD
Warga guru SKTPP
Perhimpunan tamat pada jam 8.15 pagi.

No comments:

Post a Comment