Monday, April 23, 2018

Minggu Pusat Sumber & Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M)

Minggu Pusat Sumber & Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M) telah diadakan pada 16 April hingga 20 April 2018. Antara objektif utama, Minggu Pusat Sumber ini diadakan adalah
* Sebagai satu medium untuk mempromosikan program galakan membaca di sekolah.
* Sebagai wadah menggalakkan penglibatan semua warga sekolah dalam menyokong dan memantapkan pelaksanaan program galakan membaca.
* Memupuk budaya dan semangat membaca sebagai asas ilmu pengetahuan.
* Menyemai sifat ingin tahu 'curiousity' melalui program literasi maklumat.
* Memperkukuhkan kemahiran literasi maklumat dalam kalangan murid

Berbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang minggu ini.Antara aktiviti yang dijalankan untuk murid-murid sesi petang adalah seperti :
* Taklimat PSS
* Lawatan ke PSS
* 5 Minit Membaca
* Lawatan Book Truck PTS
* 15 minit Bersama Buku
* Pelancaran Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M)
* Pertandingan Mencari Benda Tersembunyi (Tahun 1)
* Pertandingan Mewarna Kulit Buku (Tahun 2)
* Pertandingan Teka Silang Kata (Tahun 3)
* Pengunjung Terbanyak Pusat Sumber
* Peminjam Buku Terbanyak Pusat Sumber

Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakamkan sepanjang Minggu PSS berlangsung
*Taklimat Minggu PSS (16 April 2018 - Isnin)
 Taklimat Jom Kenali Pusat Sumber Kita Siri 1 oleh Pn Arnny Yusnita

Murid-murid mendengar taklimat mengenai Pusat Sumber Sekolah 
semasa sesi perhimpunan mingguan


* Lawatan Tahun 1 ke PSS pada 16 April 2018








*Lawatan Murid Tahun 2 ke PSS pada 17 April 2018 (Selasa)









*Lawatan Murid Tahun 3 ke PSS pada 18 April 2018 (Rabu)

 





*Pelancaran Minggu PSS dan Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M) pada 19 April 2018 (Khamis)





*Pertandingan Mencari Benda Tersembunyi untuk semua murid Tahun 1 semasa mata pelajaran Bahasa Inggeris sepanjang minggu ini
 



*Pertandingan Mewarna Kulit Buku untuk semua murid Tahun 2 semasa mata pelajaran Pendidikan Seni Visual sepanjang minggu ini.




*Penyampaian hadiah kepada semua pemenang-pemenang pertandingan yang diadakan sepanjang Minggu Pusat Sumber pada 23 April 2018 (Isnin)







No comments:

Post a Comment