Monday, April 9, 2018

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-14 (Sesi Pagi)

Hari      :  Isnin
Tarikh   :  9 April 2018
Masa    :  7.30 ~ 8.00 pagi
Tempat :  Tapak Perhimpunan

Guru bertugas :
Puan Astina binti Mahad Nor (K)
Puan Nor Sakila binti Mohamad (P)
Puan Nurul Iman binti Illyas
Encik Ahmad Zunaidi bin Jinalabin
Puan Musaliha binti Mustafa
Encik Mohd Izwan bin Jowahar
Puan Nurul Izziani binti Mohd Latifi
Puan Parimala a/p Vengadaslam
Puan Jamunarani a/p Bhoja Rajan

Laporan Perhimpunan  :

Perhimpunan dimulai dengan nyanyian empat rangkaian lagu iaitu lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor, lagu Sekolah dan lagu Aku Negaraku serta bacaan doa.

Perhimpunan dikendali oleh murid dari unit beruniform Tunas Kadet Remaja Sekolah.



Laporan guru bertugas minggu ke-13 oleh Ustaz Zubair.

Ustaz Zubair memberi laporan selaku guru bertugas minggu lepas. Beliau menegur murid yang telah melanggar disiplin sekolah kerana hadir lewat ke sekolah dan berharap murid dapat menguruskan masa dengan lebih baik. Selain itu, beliau menegaskan agar murid sentiasa menjaga etika agar tidak melampaui batasan walaupun dengan niat bergurau.

Ucapan guru bertugas oleh Puan Nurul Iman bt Illyas.


Memperkenalkan barisan guru bertugas minggu ke-6
Antara barisan guru bertugas minggu keenam...


Beliau mengingatkan agar murid bersarapan sebelum hadir ke sekolah.
Beliau turut mengingatkan murid mengambil sarapan yang sihat dan berkhasiat supaya dapat belajar dan melakukan aktiviti di sekolah dengan cergas.
Selain itu, murid yang tidak sihat dan menghadapi masalah boleh berjumpa dengan guru bertugas mingguan.

Ucapan Puan Arnny Yusnita selaku Guru Media

Beliau memaklumkan bahawa Minggu Pusat Sumber akan diadakan dan semua murid akan terlibat. Banyak aktiviti dan hadiah disediakan untuk murid yang mengambil bahagian.
Selain itu, Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M)  akan diadakan pada 18 hingga 20 April 2018.
Beliau turut menggalakkan murid menggunakan Sudut Nilam di dalam kelas. Murid dan guru boleh menyumbang buku untuk sudut berkenaan.

Ucapan Pentadbir oleh Puan Rosmah binti Jamat (PK HEM)


Beliau mengucapkan tahniah kepada pasukan hoki dan bola sepak serta guru pembimbing.
Tahniah buat semua guru, jurulatih dan murid yang mengambil bahagian.

Di samping itu, beliau turut memberi teguran kepada murid supaya beratur mengikut ketinggian. Murid rendah di hadapan, murid tinggi di belakang. ini supaya barisan lebih kemas dan teratur.

Bagi murid-murid yang berminat dengan olahraga, Program Klinik Pecut Olahraga akan diadakan pada 18 April 2018 (Rabu) bersama  En. Azmi bin Ibrahim (Bekas Jaguh Olahragawan Negara).

Puan Rosmah turut mengingatkan murid-murid untuk berhati-hati semasa berbasikal ke sekolah. Pastikan melalui di hadapan kereta guru, dibimbangi berlaku kemalangan jika murid melalui belakang kereta guru. Selain itu, murid digalakkan menampal pelekat pantulan cahaya pada baju atau beg terutama bagi murid yang datang ke sekolah samada berjalan kaki atau berbasikal semasa keadaan masih gelap.

Beliau turut mengingatkan supaya murid memberi salam jika berselisih dengan guru.
Beliau mengakhiri ucapan dengan mengingatkan murid agar tidak membawa risalah atau bahan bacaan yang tidak berkenaan seperti bahan bukan ilmiah dan sebagainya.

Pengumuman
Aktiviti kokurikulum akan dijalankan seperti biasa pada minggu ini bagi aktiviti Kelab/Persatuan & Permainan.
Perhimpunan ditamatkan jam 8.30 pagi.

Disediakan oleh : Nurul Iziani bt Mohd Latifi 

No comments:

Post a Comment