Sunday, April 29, 2018

Majlis Pelancaran Kem Membaca 1Malaysia KM1M 2018 (Sesi Pagi)

Majlis pelancaran 'Kem Membaca 1Malaysia KM1M 2018' telah dilaksanakan pada 19 April 2018 (Khamis). "Pembacaan Berkualiti Menjana Minda Bestari" merupakan tema bagi program KM1M tahun ini. Bertempat di Dewan Perdana Sk Taman Putra Perdana, majlis yang indiah dihias bertemakan kartun animasi 'Frozen' ini dimulakan pada jam 7.20 pagi. Majlis ini telah dirasmikan oleh Pn. Siti Aisyah binti Aziz, Pegawai Unit Bahasa Pejabat Pendidikan Daerah Sepang. 

Antara objektif utama KM1M ini dilancarkan adalah:

  • Sebagai satu medium untuk mempromosi program galakan membaca di sekolah
  • Sebagai wadah menggalakkan penglibatan semua warga sekolah dalam menyokong dan memantapkan pelaksanaan program galakan membaca.
  • Memupuk budaya dan semangat membaca sebagai asas ilmu pengetahuan.
  • Menyemai sikap ingin tahu 'curiosity' melalui program literasi maklumat.
  • Memperkukuhkan kemahiran literasi maklumat dalam kalangan murid.
  • Melestarikan budaya membaca berkualiti sepanjang hayat dalam kalangan murid-murid.
Majlis gilang-gemilang ini dimulakan dengan ucapan pengerusi majlis, bacaan doa,taklimat ringkas KM1M yang disampaikan oleh Pn Arnny Yusnita binti Md Enarji dan seterusnya ucapan Guru Besar, Pn Hajah Rohaidah binti Mohd Ali. Majlis diteruskan dengan ucapan perasmian KM1M 2018 oleh Pegawai unit Bahasa PPD Sepang, Pn Siti Aishah binti Aziz. Kemudian, majlis disambung dengan gimik pelancaran KM1M. Majlis pelancaran ini setersunya disambung dengan sesi penyampaian cenderamata kepada perasmi, sesi fotografi seterusnya jamuan VIP.

Berikut dilampirkan beberapa gambar sepanjang majlis berlangsung:

Gambar 1: Pentas dihias indah bertemakan kartun animasi 3 dimensi (3D) iaitu 'Frozen'.


Gambar 2: Bunting yang digunakan semasa pelancaran 'KM1M 2018'.


Gambar 3: Buku Program 'KM1M 2018'.

Gambar 4: Taklimat ringkas 'KM1M 2018' yang disampaikan oleh Pn Arnny Yusnita binti Md Enarji.

Gambar 5: Ucapan Guru Besar Pn Hajah Rohaidah binti Mohd Ali.

Gambar 6: Ucapan perasmian 'KM1M 2018' oleh Pegawai Unit Bahasa PPD Sepang, Pn Siti Aishah binti Aziz.


Gambar 7: Gimik pelancaran program 'KM1M 2018'.

Gambar 8: Gimik pelancaran yang kreatif bersesuaian dengan tema 'Frozen'.


Gambar 9: Gimik pelancaran dapat dilaksanakan dengan jayanya.


Gambar 10: Majlis dimeriahkan dengan kehadiran maskot yang comel 


Gambar 11: Penyampaian cenderamata kepada perasmi majlis.


Setinggi-tinggi kesyukuran kepada Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, Majlis pelancaran 'KM1M 2018' tersebut dapat dijayakan dengan baik. Sekalung penghargaan dan tahniah buat semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan majlis ini. 


Di sediakan oleh:
Nur Murni binti Abdullah







No comments:

Post a Comment