Monday, April 16, 2018

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-15 (Sesi Petang)

Hari : Isnin
Tarikh : 16 April 2018
Masa : 1.20 petang hingga 2.30 petang

Guru Bertugas :

1. Mohd Hadri bin Ag. Idris (K).
2. Azizah binti Ab. Hamid (P).
3. Saifullah bin Mat Saufi.
4. Nuraffiqah binti Ahmad Subian.
5. Nasyirah binti Talib.
6. Nornadzirah binti Abd Rahim.
7. Norazah binti Mohd Ali.

Guru bertugas pada minggu ini.

Laporan Perhimpunan :


Pengacara Majlis : Nasyirah binti Talib.

1. Nyanyian, Bacaan Doa dan Ikrar

- Nyanyian lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor, Lagu Sekolah dan Aku Negaraku.
- Bacaan doa oleh Penolong Ketua Pengawas Rayyan Hayy bin Zunaizan.
- Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Jalan Raya oleh Nasyirah binti Talib.
- Bacaan Ikrar Murid oleh adik Irfan Syahmi bin Mohd Razif.

Adik Rayyan mengetuai bacaan doa 
Ikrar murid oleh adik Irfan

2. Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas (Puan Nor Rafini binti Othman)

- Murid dinasihatkan untuk tidak bermain di belakang kabin semasa rehat untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini.
- Murid diminta tidak mengambil barang yang bukan kepunyaan atau milik mereka.

Nasihat untuk murid dari Puan Rafini 

3. LAWAD

               BM : ditubuhkan = dibentuk, didirikan
               BI   : river = sungai
               BA : nafizatun = tingkap

4. Tema Ucapan (Puan Nasyirah binti Talib)
- Tema kali ini ialah Kepentingan menyertai aktiviti kokurikulum.
- Aktiviti kokurikulum ialah kegiatan di luar bilik darjah.
- Ia dapat melatih murid dari segi kepimpinan serta mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah.
- Selain itu ia dapat membentuk disiplin murid seperti menepati masa, berpakaian kemas dan mematuhi peraturan.

5. Penyampaian Hadiah Kebersihan dan Keceriaan Kelas

Tahun 1 :
            Tempat Pertama : 1 Samsung
            Tempat Kedua : 1 Neffos
            Tempat Ketiga : 1 Lenovo

Tahun 2 :
           Tempat Pertama : 2 Al-Biruni
           Tempat Kedua : 2 Ibnu Thufai
           Tempat Ketiga : 2 Ibnu Khaldun

Tahun3 :
          Tempat Pertama : 3 Jujur
          Tempat Kedua : 3 Harmoni
          Tempat Ketiga : 3 Intelek

Tahun 1 Samsung gembira menjadi Johan Kebersihan dan Keceriaan Kelas
Tahniah, 3 Jujur

6. Perasmian Minggu PSS dan Program KM1M (Puan Arnny Yusnita binti Mat Enarji)

- Minggu PSS (Pusat Sumber Sekolah) akan diadakan pada 16 - 20 April 2018.
- Pada hari Rabu ini pihak sekolah akan mengadakan Pelancaran KM1M (Kem Membaca 1Malaysia)
- Aktiviti yang dijalankan sepanjang minggu PSS ialah penjualan buku, NILAM dan pertandingan antara Tahun.
- Pertandingan yang dijalankan ialah :
                    Tahun1  : Benda Tersembunyi
                    Tahun 2 : Mewarna Kulit Buku
                    Tahun 3 : Teka Silangkata
- Pengawas Pusat Sumber Sekolah juga dingatkan untuk memakai pakaian yang lengkap dan berdisiplin.
Taklimat aktiviti- aktiviti  yang akan dijalankan 

7. Penyampaian Hadiah Sempena Karnival IMFree Peringkat Negeri Selangor.

- Majlis dipengerusikan oleh Puan Nor Arzah binti Hussin
- Pada 14 April 2018, pihak sekolah telah menghantar peserta yang terdiri daripada murid Tahun 1 untuk pertandingan koir, sketsa, bercerita dan nyanyian solo. Manakala 4 orang guru untuk pertandingan inovasi bahan pdp.
- Pertandingan tersebut telah diadakan di SK Dato' Maharaja Lela, Kuala Selangor.
- Tahniah kepada SKTPP kerana telah memenangi Johan untuk Sketsa, Tempat Ketiga untuk Bercerita, dan Tempat Ketiga untuk Koir.
Puan Arzah sebagai penyelaras IMFree 
Guru-guru dan murid-murid yang terlibat dalam Karnival IMFree 

Antara peserta Koir yang mendapat tempat ketiga
Adik Kashif antara peserta sketsa yang akan mewakili SKTPP ke peringkat Kebangsaan
Tahniah kerana mendapat tempat ketiga di dalam pertandingan bercerita

8. Ucapan Puan Guru Besar


- SKTPP berbesar hati kerana dapat mewakili negeri Selangor untuk pertandingan sketsa di peringkat Kebangsaan.
- Diharapkan melalui program seumpama ini akan melahirkan murid yang sihat dan bebas rokok pada masa hadapan.

Ucapan dari Puan Guru Besar

Disediakan oleh : Puan Norazah

No comments:

Post a Comment