Sunday, April 29, 2018

Minggu Pusat Sumber dan Kem Membaca 1Malysia (KM1M) 2018 (Sesi pagi)

Minggu Pusat Sumber dan Kem Membaca 1Malaysia (KM1M) telah dijalankan pada 16 hingga 20 April 2018. Program ini berlangsung dengan jayanya sepanjang tarikh tersebut. Antara objektif program ini diadakan adalah:

  • Sebagai satu medium untuk mempromosikan program galakan membaca di sekolah.
  • Sebagai wadah menggalakkan penglibatan semua warga sekolah dalam menyokong dan memantapkan pelaksanaan program galakan membaca.
  • Memupuk budaya dan semangat membaca sebagai asas ilmu pengetahuan.
  • Menyemai sifat ingin tahu 'curiousity' melalui program literasi maklumat.
  • Memperkukuhkan kemahiran literasi maklumat dalam kalangan murid
Justeru, pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang program ini berlangsung. Antara aktiviti yang dapat dijalankan adalah:

  • Taklimat Ujana Ilmu (Pusat Sumber Sekolah)
  • Lawatan ke Pusat Sumber Sekolah
  • 5 Minit Membaca
  • Lawatan 'Book Truck' daripada 'PTS'
  • Pelancaran Kem Membaca 1Malaysia (KM1M)
  • 15 minit bersama buku
  • Pertandingan penanda buku tercantik (Tahun 4) 
  • Pertandingan 'My Pocket Book' (Tahun 5)
  • Pertandingan 'Big Book' (Tahun 6)
  • Pengunjung terbanyak Pusat Sumber Sekolah
  • Peminjam buku terbanyak Pusat Sumber Sekolah
Berikut merupakan paparan gambar yang berjaya dirakam sepanjang program ini berlangsung:

Hari Pertama (16 April 2018)
Pada hari pertama, antara aktiviti yang dijalankan adalah:
  • Taklimat Minggu (Pusat Sumber Sekolah) PSS 
  • Jom Kenali Pusat Sumber Kita Siri 1 (nama pusat sumber sekolah, lokasi, tema, sudut-sudut pss dan lawatan prasekolah ke pss)

Gambar 1: Taklimat Minggu Pusat Sumber dan Jom Kenali Pusat Sumber Kita Siri 1 yang disampaikan oleh Pn. Arnny Yusnita binti Md Enarji.

Gambar 2: Murid-murid tekun mendengar taklimat 'Minggu Pusat Sumber Sekolah' yang sedang disampaikan.

Gambar 3: Murid-murid prasekolah beratur untuk masuk ke pusat sumber sekolah ('Ujana Ilmu').

Gambar 4: Guru pusat sumber sekolah Pn Arnny Yusnita binti Md Enarji menyambut kedatangan murid-murid prasekolah.

Gambar 5: Murid-murid prasekolah seronok berada di salah satu sudut di dalam pusat sumber.

Gambar 6: Guru pusat sumber, Pn Arnny Yusnita binit Md Enarji bersama salah seorang murid prasekolah menjalankan aktiviti menggunakan peta dunia yang ditampal di pusat sumber.

Gambar 7: Murid prasekolah mendengar taklimat yang diberikan oleh guru pusat sumber, Pn Arnny Yusnita binti Md Enarji.

Hari Kedua (17 April 2018)
Pada hari kedua, aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah:
  • 5 Minit Membaca
  • Taklimat Pengisian Buku Nilam
  • Jom Kenali Pusat Sumber Kita Siri 2
  • Lawatan Tahun 4 ke PSS

Gambar 8: Taklimat pengisian Buku Nilam oleh Pn Arnny Yusnita binti Md Enarji.

Gambar 9: Salah seorang murid sedang membaca buku semasa program ' 5 Minit Membaca'.

Gambar 10: Murid-murid sedang membaca buku pilihan masing-masing yang disediakan.

Gambar 11:Pn. Arnny Yusnita binti Md Enarji mengendalikan kuiz sempena Minggu Pusat Sumber.

Gambar 12: Salah seorang murid cuba menjawab soalan kuiz yang dijalankan.

Gambar 13: Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) Pn. Rosmah binti Jamat menyampaikan hadiah kepada pemenang kuiz.

Gambar 14: Lawatan Tahun 4 ke Pusat Sumber Sekolah.

Gambar 15: Murid-murid memilih bahan bacaan masing-masing semasa lawatan.

Gambar 16: Murid-murid berada di dalam Pusat Sumber Sekolah semasa sesi lawatan.

Hari Ketiga ( 18 April 2018)
Semasa hari ketiga, pelbagai aktiviti yang menarik dijalankan. Antara aktiviti tersebut adalah:
  • Taklimat ringkas pengenalan program 'KM1M'
  • Lawatan Book Truck PTS
  • Bengkel Komik
  • Lawatan Tahun 5 dan 6 ke Pusat Sumber Sekolah
Gambar 17: Lawatan Book Truck daripada PTS.

Gambar 18: Pelbagai jenis bahan bacaan menarik yang boleh didapati di Book Truck.

Gambar 19: Murid-murid berkunjung ke Book Truck.

Gambar 20: Murid-murid tidak melepaskan peluang membeli buku di Book Truck.

Gambar 21: Guru Besar, Pn Hajah Rohaidah binti Mohd Ali turut berkunjung ke Book Truck PTS.


Hari Keempat ( 19 April 2018)
Minggu Pusat Sumber Sekolah dan KM1M semakin hampir ke hari terakhir. Namun, masih banyak aktiviti menarik yang sempat dijalankan. Antara aktiviti tersebut adalah:
  • Majlis pelancaran 'Minggu PSS DAN KM1M'
  • Pertandingan mewarna kartun
  • Spelling Competition
  • Pertandingan Penanda Buku Tercantik
  • Pertandingan 'My Mini Book'
  • Pertandingan 'Big Book'
Gamabr 22: Dewan yang dihias bertemakan 'Frozen' sempena majlis pelancaran.

Gambar 23: Taklimat ringkas 'KM1M' yang disampaikan oleh Pn Arnny Yusnita binti Md. Enarji.

Gambar 24: Guru Besar Pn Hajah Rohaidah binti Mohd Alis sedang menyampaikan uacapan.
 
Gambar 25: Pegawai Unit Bahasa PPD Sepang, Pn. Siti Aishah binti Aziz sedang menyampaikan ucapan perasmian.

Gambar 26: Maskot majlis pelancaran menyerahkan buku program kepada Pegawai Unit Bahasa PPD Sepang Pn Siti Aishah binti Aziz dan juga Guru Besar, Pn Hajah Rohaidah binti Mohd Ali.

Gambar 27: Gimik pelancaran sedang disempurnakan.

Gambar 28: Sesi fotografi setelah selesai gimik pelancaran.

Hari Kelima (20 April 2018)
Setelah empat hari berlangsung 'Minggu Pusat Sumber Sekolah dan KM1M', tibalah hari terakhir program tersebut dijalankan. Sememangnya, pengisian sepanjang program berlangsung sangatlah bermanfaat, sesuai dengan objektif pelaksanaan dan amat menarik. Pada hari terakhir, beberapa aktiviti turut dilaksnakan iaitu:
  • 15 Minit Bersama Buku
  • Penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan yang dijalankan sepanjang minggu program.
Gambar 29: Guru Besar, Pn Hajah Rohaidah binti Mohd Ali diiringi oleh Penolang Kanan Pentadbiran, Pn Azizah binti Mokhlas bersedia bagi menyempurnakan sesi penyampaian hadiah.

Gambar 30: Penyampaian hadiah kepada salah seorang pemenang daripada murid prasekolah.

Gambar 31: Penyampaian hadiah kepada salah seorang pemenang daripada murid PPKI.

Gambar 32: Penyampaian hadiah kepada salah seorang pemenang daripada murid tahun empat.

Gambar 33:Salah seorang pemenang daripada murid tahun lima.

Gambar 34:  Salah seorang pemenang daripada murid tahun enam.

Gambar 35: Pemenang pertandingan (kategori guru) iaitu Pn Nor Azura binti Mustafa.

Gambar 36: Pemenang pertandingan (kategori guru) iaitu Puan Faridatul Akmal.

Gambar 37: Sesi fotografi bersama para pemenang daripada prasekolah.

Gambar 38: Sesi fotografi bersama para pemenang daripada PPKI.

Gambar 39: Sesi fotografi bersama para pemenang daripada tahun empat.

Gambar 40: Sesi fotografi bersama para pemenang daripada tahun lima.

Gambar 41: Sesi fotografi bersama para pemenang daripada tahun enam.

Alhamdulillah, 'Minggu Pusat Sumber dan Kem Membaca 1Malaysia' dapat dilaksanakan dengan baik dan lancar. Sekalung tahniah dan penghargaan kepada para pentadbir, guru-guru dan semua pihak yang terlibats secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini. Semoga warga Sk Taman Putra Perdana terus cemerlang, gemilang dan terbilang.

Di sediakan oleh:
Pn Nur Murni binti Abdullah




No comments:

Post a Comment