Monday, April 30, 2018

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-17 (Sesi Petang)

Tarikh    :  30 April 2018
Hari       :  Isnin
Masa     :  1.20 - 2.20 petang
Tempat  :  Dewan Perdana

Pengacara Majlis  :  Encik Ahmad Junaidi bin Abdullah

Senarai Guru Bertugas:

1.  Encik Hariz Safwan bin Yaccob
2.  Puan Rozimah binti Yaakob
3.  Encik Ahmad Junaidi bin Abdullah
4.  Puan Yani binti Mohammad Sharif
5.  Puan Maizara binti Mahat
6.  Puan Nora binti Sabihi
7.  Puan Nurazlin binti Mat Nor
8.  Puan Roslelawati binti Ibrahim

Agenda Perhimpunan

1.  Nyanyian, Bacaan Doa dan Ikrar

  • Nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor, lagu Sekolah dan lagu Aku Negaraku.
  • Bacaan doa disempurnakan oleh adik Rayyan Hay bin Zunaizan (3 Jujur).
  • Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya oleh Encik Ahmad Junaidi bin Abdullah.
  • Bacaan Ikrar Murid oleh adik Nur Athaleea Qaireena binti Khairulhisam (3 Harmoni).
2.  Laporan guru bertugas minggu lepas disampaikan oleh Puan Nor Holwani binti Yahaya
  • Terdapat ramai murid yang tidak menjaga kebersihan kantin seperti membiarkan plastik makanan bertaburan di atas meja dan di lantai, tidak memasukkan pinggan ke dalam bekas yang telah disediakan.
  • Sikap murid yang suka berlari di kawasan koridor sekolah.  Tabiat ini boleh mengundang kecederaan pada diri murid itu sendiri atau pun pada murid lain yang tidak bersalah.
3.  Laporan kebersihan dan keceriaan kelas:
     
Kedudukan / Kelas
Pertama
Kedua
Ketiga
Tahun 1
Neffos
Lenovo
Samsung
Tahun 2
Ibnu Thufail
Ibnu Battuta
Ibnu Khaldun
Tahun 3
Harmoni
Intelek
Jujur

4.  Ucapan guru bertugas minggu ini oleh Encik Ahmad Junaidi bin Abdullah.
     Tema :  Jauhi Budaya Buli dan Vandalisme


Buli bermaksud perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan atau maksud untuk menunjukkan kekuatan masing-masing.
  • Ini secara tidak langsung, menjadikan mereka yang lemah mematuhi atau menghormati mereka yang kuat.
  • Ada maksud lain yang menyatakan bahawa buli bermaksud tingkah laku agresif sama ada dalam bentuk fizikal atau psikologikal yang dilakukan secara berulang kali ke atas mangsa dan ia bertujuan mendatangkan perasaan tidak selesa, aman, tenteram dan harmoni.
  • Secara keseluruhannya, perbuatan membuli merupakan perbuatan yang tidak baik serta boleh membuatkan orang lain menjadi mangsa serta boleh mendatangkan ketidakselesaan kepada orang lain.
Laku musnah atau Vandalisme merujuk kepada tabiat seseorang membinasakan harta benda awam dan juga harta benda orang lain.
  • Sebarang perbuatan seperti menconteng, mengotori atau merosakkan harta benda awam dan juga harta benda orang lain.
  • Dari segi konteks sekolah pula, vandalisme merupakan laku musnah yang berupa pelanggaran disiplin yang mana termasuklah merosakkan harta benda sekolah, menconteng meja, memecahkan cermin tingkap, menendang pintu tandas, mematah-matahkan pokok, bermain dengan alat pemadam api, mengotorkan kawasan sekolah, menconteng dinding bilik darjah, merosakkan harta benda guru dan menguris kenderaan guru.
5.  Perkataan LAWAD
  • Bahasa Melayu - Menguli = meramas / menekan
  • Bahasa Inggeris - Bloom = mekar
  • Bahasa Arab - Telefizyunna = televisyen

Encik Ahmad Junaidi selaku pengacara majlis.

Bacaan ikrar disempurnakan oleh Encik Ahmad Junaidi.

Bacaan ikrar murid oleh adik Nur Athaleea Qaireena binti Khairulhisam (3 Harmoni)

Sebahagian daripada guru bertugas kumpulan A.

Penyampaian hadiah kebersihan dan keceriaan kelas oleh Puan Salmi Amir.

Pemenang kebersihan dan keceriaan kelas Tahun 1 - Tahun 3.

Perhimpunan tamat pada jam 2.15 petang.

Disediakan oleh;
Maizara binti Mahat

No comments:

Post a Comment