Wednesday, April 18, 2018

Program Klinik Pecut Olahraga

Rabu, 18 April - Program klinik Pecut Olahraga telah diadakan di Dewan Putra SK Taman Putra Perdana.  Program ini berlangsung pada sesi aktiviti kokurikulum ( 2.00 petang - 4.00 petang ) di bawah kelolaan Encik Azmi bin Ibrahim bersama-sama tiga orang rakannya.

Encik Azmi bin Ibrahim ialah bekas jaguh olahraga negara yang pernah mengharumkan negara di arena olahraga pada akhir tahun 90-an.  Pengalaman dan kepakaran beliau dapat memberi impak yang positif kepada murid-murid di sekolah ini khususnya, para atlet SKTPP.

Seramai 78 orang murid menyertai program ini yang melibatkan murid Tahap 2.  Program ini akan ada kesinambungan pada masa akan datang yang dijangka pada setiap Sabtu mengikut kesesuaian masa dan tarikh.

Semoga dengan adanya Program Klinik Pecut Olahraga ini dapat menarik minat dan menyuntik semangat murid-murid untuk berkecimpung dalam bidang sukan olahraga.  Seterusnya, dapat melonjakkan nama SKTPP di arena sukan olahraga pada masa akan datang.

Antara paparan yang dapat dikongsikan sepanjang program berlangsung.

Murid-murid sedang diberi taklimat

Bergambar  kenangan selepas klinik selesai

Menunggu majlis penyampaian sijil dimulakan

Murid-murid bergambar kenangan bersama bekas jaguh olahraga; En. Azmi bin Ibrahim 

Penyampaian sijil oleh Pn Rohaidah bt Mohd Ali Guru Besar SKTPP

No comments:

Post a Comment