Saturday, April 7, 2018

Teknik Menjawab Kertas UPSR Bahasa Melayu 2018 Fasa 1

Tarikh : 7 April 2018 (Sabtu)
Masa   : 8.00 pagi hingga 12.20 tengah hari
Tempat : Terminal Muafakat

Pada 7 April 2018, Panitia Bahasa Melayu dengan kerjasama Unit Kecemerlangan UPSR, SK Taman Putra Perdana telah mengadakan Bengkel Teknik  Menjawab Kertas UPSR Bahasa Melayu bermula jam 8.00 pagi hingga 12.20 tengah hari.

   Objektif utama teknik menjawab kertas Bahasa Melayu ini ialah untuk meningkatkan lagi kefahaman dan memberi pendedahan teknik sebenar menjawab soalan UPSR bagi  kertas Bahasa Melayu. Sasaran utama program ini ialah calon-calon UPSR 2018 yang akan menduduki peperiksaan pada tahun ini.

    Murid-murid dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan 1 terdiri daripada kelas Surgeri, Respiratori, Radiologi, dan Pediatrik manakala kumpulan 2 pula terdiri daripada kelas Patologi, Ortopedik, Obstetrik, Kardiologi, Hematologi dan Anestesiologi.  Bermula jam 8.00 pagi, Kumpulan 1 memulakan program teknik menjawab kertas Bahasa Melayu di Terminal Muafakat manakala Kumpulan 2 mengikuti kelas tambahan untuk subjek Sains di kelas-kelas.  Selepas rehat, Kumpulan 2 pula mengikuti Teknik Menjawab Kertas UPSR Bahasa Melayu di Terminal Muafakat manakala Kumpulan 1 berada di kelas untuk mengikuti kelas tambahan subjek Sains.

    Penceramah berpengalaman dalam penandaan kertas UPSR Bahasa Melayu telah dijemput untuk program ini.  Beliau ialah Encik Syahidan bin Saad atau lebih dikenali sebagai Cikgu Syahidan.  Beliau berpengalaman mengajar selama 22 tahun dan merupakan Jurulatuh Utama (JU) Bahasa Melayu PPD Petaling Perdana.

   Semoga program Teknik Menjawab Kertas UPSR Bahasa Melayu fasa 1 ini dapat mencapai objektifnya dan memberi manfaat kepada calon-calon UPSR 2018.

Cikgu Roslinda selaku juruacara majlis memperkenalkan penceramah jemputan.

Encik Syahidan bin Saad, penceramah jemputan kertas UPSR Bahasa Melayu

Murid-murid tekun mendengar penerangan teknik menjawab kertas Bahasa Melayu.



Wakil panitia Bahasa Melayu menyampaikan cenderamata kepada penceramah 

Disediakan oleh :
Roseniza binti Setapa

No comments:

Post a Comment